Lock Your Car….

August 21st, 2007 by norlipinky

Hi all, I just got this hot news from my friend jek, one of the CE kat sini, wife dia bole dikatekan kena culik la kot…..

Ok, dia nak pi beli barang kat Billion Farlim ( aku ingat kat Kelantan jek ada Billion, sedih tak aku ni?)…. then tinggalkan wife dia kejap dalam keta….. wife dia pulak hari tu lupe nak lock pintu….tak sampai 5 minit, ada jantan cina masuk and acu pisau tuuu….. aduii….. seriau mak (???)….. then, drive keta dalam 300m belakang rumah kedai….. mintak semua barang2 berharga….. amek Handphone (pulangkan sim kad, funny kejap..)… then amekla semua brg2 dia, rantai ke….duit Thailand (sebab wife dia org Thai)…. RM…. nasib baik tak blah dengan keta…..huhuu….

La ni akak tu dah phobia…tido malam meracau….huh, kalau aku pun trauma beb!….. ape tak nyer…dia acu pisau kat perut akak tu….then selak tudung nak tengok rantai…etc…. huhu….. aku kalau tengok dari jauh pun dah menggigil lutut….. ni dengar pun dah naik bulu roma…..huu…menakutkan la….. so, semua orang…dont take things for granted….even if your hubby/anyone go out for a few minutes…..terus kunci pintu!….tapi dengar cerita ada gak orang yang dah kunci pintu dia tunjuk pistol pulak….adui, nak tak nak kenala bukak kan? tak pela dia nak amek ape pun…janji nyawa tak melayang…..huhuh…..

Baru jek Sabtu tu aku and Rais pi Citibank dalam midnite la mcm tu….. then, dia park kat tempat sedikit sunyik la….aku suro dia park kat tempat terang sket….yerla, kita tak tau benda kalau nak jadi kan….. nanti kalau dah terjadi….. nasi dah jadi bubur kate orang tu….. huh, skang ni kalau dia keluar aku nak lock the door and pretend tido….bole ke? so that org jahat tu tak bole la buat ape kan? yeke? ntah la….. any other good idea? huh, last2 dua2 keluar la senang…. at least tak dibawak lari….tak moh diculik!……. huhu…..

So, mengakhiri cite akak tu tadi pi rumah salah sorang penduduk kat situ untuk mintak nak call hubby dia….. akak tu tak pande drive keta….tapi kalau aku, dari pandai langsung tak pandai la…..uhuhuhu….

Hari-hari….

August 15th, 2007 by norlipinky

Adui…hari ni baru terasa lenguh giller…. dah nak dekat 3 bulan tak main futsal….aku ingatkan jadi keeper bole la rilex sket tapi lenguh gak!….. lutut lebam, kaki n tangan lenguh….. kira satu badan la tak bersemangat…..huhuh….. itu la akibatnye dah lama tak exercise…tapi diorang semua tak percaya aku bole jadi keeper… hik hik….aku just make sure bola tak masuk jek kan? bukan la terror sgt…. sampai depa ingat aku main bola baling la, pengalaman jadi keeper dulu la…. itu la jek first time aku jadi keeper…. b4 ni tak pernah pun…..

Hari ni ada seminar kat ofis and aku pun nak tumpang sekaki makan free lunch nanti….hehe…. owh, baru teringat, nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kat kawan aku yang share the same birtdate as me…. Sorry aku tak dapat dtg ke Gurun untuk menghavockan wedding ko… sebab abg rais kerja la….dia tak ijinkan aku pi jauh2 kot…. sayang gak dia kat aku…. hehe…skang ko pun dah ada kat Pulau Kapas menspend time dengan wife tercinte…..

Nak cerita sket la pasal pengantin ni…aku masa memula kenal memang tak sangka dia ni punye banyak persamaan dengan aku…name it la…. tak makan sayur, suke coklat, aiskrim, benda2 masisla…. kirenye ape yg aku suke, dia suke and ape yg aku tak suke pun dia tak suke…. pulak dulu pun belajo kat UM gak, duduk kolej rais….tapi sebab Junior, rais tak kenal la…. aku pun tak kenal pun…. itu jek la nak cite pasal dia….sket la pulak, td rase mcm byk jek….hehe….  yerla selama ni jarang lelaki yang suke makan benda2 manis seperti aiskrim and coklat….. mcm perempuan kan…. then, kalau lepas makan kalau boleh kitorang memang nak something to chew…. asalkan adala….. heheh bukan tak kenyang tapi ntah le….

Okey, bercerita pasal kawin ni….. aku masih ingat dulu2 aku ada bgtau…. along the way mesti dapat get used to marriage environment…. maybe betul, maybe salah kot….sebab ape…. ntah la kan…. aku tak mo komen ape2….sebab baru la ni aku terpikir kenape mak aku kate - are you ready to get married…..really kena ready fisikal and mental tau!….especially bila ada anak!….. …. so,below ada beberapa situasi perkahwinan yang aku dengar2 dari member2…..

Situasi 1…..

Aku : wah, rajin Anisah (bukan nama sebenar) buat hantaran ni…boleh dapat extra income…dia minat ye?

Suami Anisah: Dia memang minat benda2 ni…. sampai aku pun dia tak layan…..

Then bila jumpe Anisah pulak aku tanyala…..

Aku : Eh, rajin eh awk buat hantaran orang…..

Anisah : Ala, minat2 jek….. tak de ape nak buat kat rumah…so buat la benda tu…..

Then kat tempat lain kitorang borak la betapa rais and husband dia tahan stay up sampai kol 4 pg (time tu dia takde sebab pi mekap pengantin kat Ganu, aku tumpang tido umah dia)…. dia pun bgtau kat aku….ooooo si Haris (bukan nama sebenar) ni….. kalau dengan kita awai2 dah tido….. kalau orang kejut kata penat la, ngantuk la….dengan kawan tak apa…. hehe….so, sape yang salah di sini…adakah benar suami (sesetengah) lebih mementingkan kawan?

Situasi 2

Akak penat la jaga anak….anak2 semua tak nak kat laki akak…. dia pulak tak pun nak ada rase nak membantu akak ke nak tolong buat kerja rumah etc….. dah la balik kerja penat, dia balik lepak jek….. kalau weekend lagila akak bengang….. dia tido jek…. akak bengang sangat, last2 akak tido skali ngan dia…..biar satu kerja kat rumah tak berjalan…. tak payah masak, tak payah kemas…… akak tak boleh tengok dia rilex walhal akak terkangkang2 buat kerja sorang2…..

Hehe….sape lak yang salah? sampai akak tu kate….. akak rase mcm kawin dengan orang lain jek…. time bercinta lain, dah kawin rase mcm tak kenal pun suami akak tu!….. hehe….

Then ada akak lagi menyampuk…… hmmm…itu baru anak sorang…. nanti kalau anak 2 lain pulak, anak 3 lain….. alamak…mcm tu ke? kalau cerita dengan lelaki pulak….. yang aku dengar la…dia akan kate…..ko terima jek la laki ko seadanye….. hmmm….yes true… tapi si suami pada pandangan aku kenala tolong2 sekaki dua….. ish, takut la nak komen lebih2….aku ni baru jek 2 tahun jagung…. lagipun aku tak dapat pulak penjelasan dari pihak lelaki….yela, aku bukan wartawan…nak tanya2 orang….. and aku just dengar if ada orang nak cerita jek….

Ape Lagi Tuh?…

July 27th, 2007 by norlipinky

Hari ini hari Jumaat dah….blink blink jek dah nak sampai akhir July… sekarang bro dah 1thn 5 bln ataupun 17 bulan la…. mcm2 karenah yang dia buat menjadikan hari aku happy and ceria….. Hari tu Fieza ada cerita dia nak tgk Transformer, so dia pun apply half day leave…. pi tengok ngan Fathul…. aku tanya Farihin x ikot ke? dia kate so far tak pernah bwk lg…tak confident…..

Then aku ceritakan la babak2 menarik Bro kalau tengok wayang…..dari YM dia tu aku tau la dia gelak besar…. heheh….. kitorang ni sejak dari awal lagi memang bawak dia pi tengok wayang, yelah orang takde family and cuti kureng…. susah nak cari orang jaga malam2 kan….. so, dia memang ikutla…. Pirates of the Carribean ke, Spiderman ke, 23 ke, transformer……ape2 lagi la yang berkaitan dengan wayang2 yang umi dan baba dia punye favourite dia mesti ada…. walaupun Rais ada membantu tapi end up aku jugak yang kena byk jaga, nak buat mcm mane kan?

Aku paling suke kalau first hour tu dia tido…at least dapatla aku concentrate sket kan….then….yang susahnyer bila dah jaga….tapi itu kira ok la sebab still mamai2….baru bangun tido….. bila dah bosan sgt mesti jerit2 la nak lepas pi jalan2 kat tempat lain…. adui…penat aku control dia…..pastu aku akan bagi pop corn kitorang…then ko main la kat bawah tu senyap2….memang habis pop corn tu dia kerjakan….bukannyer makan tapi di baling2 dan di goncang2…..semua habis tumpah (memang penatla tukang bersih tu nak menyapu nanti)…hehe…

Kalau cerita tu lagi panjang dan dia hanya boleh tahan main popcorn setgh jam je kan? dia akan meronta and tolak2 susu (sape nak susu!!apela umi ni)….. pastu aku biarkan dia turun dan bawak dia pegi kat kawasan lapang kat belakng….selalunye kitorang memang duduk paling belakang….. then dia akan main kejar2 ngan aku la…. haha…. pastu kan ada satu lampu kecik kale biru kat bwh tu….dia akan cabut penutup lampu tu? aku pun tak tau benda tu boleh di cabut2…. then aku la main tarik2 ngan dia nak pasang balik penutup tu….

Ada satu hari aku half day kena jaga dia…x sure dah cerita ke belum… pi la bawak dia tengok cite kartun kot… kalau tak silap yg ada dinosaur tu…argh tak ingatla ape tajuk dia…. time tu dia tgh syok merangkak…aku lak baru jek belikan kasut baru kat Jusco tadi….pakai kan la kat dia….di bantainye dia merangkak dari hujung seat ni ke hujung seat tu….. nasib baik tak ramai orang…3 orang jek…aku duduk depan2 sket nak elak dari orang…..boleh dia merangkak dalam keadaan gelap tu….. then gelak2…..bila keluar aku tgk habis kasut dia kotor!!! sebab kasut dia jenis kain….hbs dia gesel2kan kaki masa merangkak….huhu…. mcm2 hal…

Sekarang ni kalau kat rumah mulut tak reti nak senyap…dah la memang tak duduk diam…berjalan je…time tido je yang dia senyap….ni cakap bahasa German pun ada, bahasa Jepun pun ada bunyik gak…. babysitter kate kalau dia ‘bercerita’ and orang tak layang, siap la orang tu kena tampar mulut…adui, garangnyer anak aku….berani ko buat kat umi?…nasib baik belum lagi….. kadang2 kesian pulak tengok dia main sorang2…..dia kalau aku duduk dia ok main sorang2….. tapi kalau nampak aku nak mandi ke? nak solat ke? nak masak ke? memang merengek2 la….

Kalau aku mandi, memang selama2 aku mandi tu la dia nangis…memang mcm tu ke budak2 ni? tension kdg2…aku biorkan aje,buat dek…. pandai la ko diam… nanti kalau layan2 manja pulak jadinye…tapi nama pun hati ibu, selalunye aku tak sampai hati le… last2 ajak dia main…. hehe…. time aku solat nanti dia jalan depan la….letak barang kat sejadah la…aku tak tau la berapa banyak je pahala solat tu tinggal….huhu…

Kalau aku memasak pulak, dah tentu habis brg2 dapurku kena geledah…yang ni amek letak dalam tong sampah la…. itu awal2….bile dah bosan nanti mulela mendepakan tangan dia kat aku suro aku dukung (agak2 nak tengok lauk ape aku masak kot)….. kalau kes lagi kronik, dia akan peluk kaki aku supaya aku tak bole bergerak - itu la yang jadikan aku malas nak masak tu? hehe…..ada satu kali aku tengah masak, then dia pegang mangkuk…. aku jerit, dia lepas dengan selamba!! huhu tambahlah lagi kerja aku!!!

Tapi kalau aku vacum rumah lak, dia la yang picit butang on or off…. dia on 1 minit…tak sampai seminit dia off…. then on balik, off…. terpaksela bersabar…. kalau salah tekan butang, tertarik wayar plug pulak…..lagi satu kali tu, aku saje nak bagi dia pegang cawan (pandai, pi bg cawan kaca)….lepas tu, dia minum then terus baling….wah, happy2 jek cawan tu pecah berderai…. dah la rumah aku kecik, almari kureng…..semua brg pun byk kat bawah / tmpt yg memang dia bole capai…..memang semua habis la….

Kalu dalam bilik, meja solek aku yang paling simple punye, just clear kaca and 4 batang kaki sederhana halus….. jadi bahan mainan dia….dia goncang2 untuk dapatkan barang solek aku…..huaa…..hbs semua pecah!!…. then bawah tu aku letak kotak, kalau dia geram lagik, dia panjat kotak tu nak amek barang2…..kalau tak dia duduk antara kotak dan kaca meja solek….. then bile nak berdiri dah tak bole sebab ada kaca….haha……

So, happy weekends to all my friens…. weekend come and go as usual lah but we still love friday coz tomorrow is Saturday!!…. dont forget to watch Simpsons…… when you are so bored with your job, sometimes it is nice to watch stupid movie….. hehehe…. : )

G.E.N.I.U.S.

July 24th, 2007 by norlipinky

At last virus yang selama ini bersarang kat dalam computer aku berjaya dibuang….hehe…. so lepas ni takde la lagi mesej2 yg tetibe jek suro click…. hey, to view my vacation photo, pls click here… bla bla bla…kawan aku bukak, vacation lain jadinyer…. aku dapat dari one of contact aku kat YM, then bile bukaka je, terus dia control semua sistem (ceh, mcm tau2 jek)…. hbs IE dah terdefault dengan coolpix tu…. huhu, tak bole nak tukar pun….. betapa ramai engineer kat ofis ni….nasib baik ada gak yang bole aku bagi piala ‘genius’…. hehe…. Thanx RAzz!!!

Aku pun x sure dah bgtau ke belum, abg Omaq ….. (ini bahasa yang selalu Kak Lily guna la)…dah pergi tinggalkan kami…huhu, dia dah pun berhijrah ke Halliburton (maybe salah eja kot)….. kesian boss lama ku tu… aku rase2 la dia mesti tension giller kerja kat sini and pulak dengan orang yang susah nak terima perubahan….. dulu masa mula2 dtg dia ada byk idea2 baru….muke dia penuh energetic kalau cite idea2 dia kat kami2…. tapi di saat akhir dia nak resign, muke pun dah monyok, asyik mengeluh jek….. takpela boss…. janji u bahagia kat tempat baru… nanti kalau aku nak mintak kerja bole dia tolong…. hehehe….

Kalau dulu aku nak mc ke cuti jek senang jek, just sms then ok…even mc pun same…dia memang lepak punye boss and syok….. tapi satu jek la yang aku risau skang ni….contract aku ni pun x sure la mcm mane kan…. entah la…. takkan nak tgu aku benti baru nak offer permanent kot (haha, perasannye)…mcm la dapat…sekali nak benti, lagi diorang suke…. haha….. padan muka aku kan….. then…. kalau aku nak pergi KL esoknyer contohla…. nak mintak balik awal kul 4pm, dia kate kul 3 pun bole…. syok ow….

Lagi ape ye, hmmm… dia punye ke’humble’lan yang susah orang nak lawan la….walaupun dia GM tapi cakap ngan kita mcm kawan2 jek…. ajak aku dtg makan satu family ke umah dia…. then, rilexla punye orang….. itu jek la….aku ni actually tak berapa kenal pun dia sgt sebab dia kat Subang kan tapi better than bos before dia la…. kalau ada ape2, dia mesti masuk kan aku dalam loop…. aku tidak dianak tirikan lagi seprti selalu, rase dihargai….cewah….. sofar selama aku kerja ni dah 3 org boss dah bertukar and itu HR ye….. tmpt yg patutnye org stay long…. ntah la…

Now boss baru is a lady…. yezza….. so far dia ok…. dengaq dia ni intelligent….kalau dah ada satu kaum (che ya nun alif) tu yg kate, memang sure betul la kan….tapi she’s quite young la pada aku …so far jarang bangsa kita jadi manager semuda itu, dalam early 30 jek…. b4 tu actually dia manager dept lain, mcm helpdesk la…. so, memang takde pengalaman as HR pun…. manager before omar pun orang technical….. hanya ‘abg omaq’ je yang memang HR practitioner la…. hmmm…. takpela… ape2 pun we just wait and look and see and go with the flow la….

Boring>>>>

July 22nd, 2007 by norlipinky

Tak sangka aku Alin dah menulis blog dia yang ke 100…. aku ni baru terkedek2 nak masuk ke 78…. padahal aku yang mula membebel dulu… aku berjaya membawa bebelan ku kepada dia and fiza…. you go gurls!!!…

Pagi tadi dengaq HOT.fm and diorang cite pasal sape yang gatal, laki ke perempuan? Senang kalau tanya aku, dua2 pun gatal….tapi aku nak cite pasal sorang caller tu kate perempuan yang memang gatal…dia dah la perempuan, hmm maybe dia pun marah la kat perempuan tu sebab kacau laki dia….ok, memang ada hak kamu…but, for sure ke ur hubby tu trully2 tak layan perempuan tu? aku kalau lelaki  punye cite aku memang tak percaya la…depan kita memang dia bole kate, perempuan tu yang bagi sms kat abg, kata nak ajak kawin la…. ape la…bla bla bla…. tapi laki ni memang terkenal dengan AUTA nyer…. dia ada byk akal nak bg alasan ape…… lebih2 lagi dengan bini dia kan…

Ntah2 perempuan tu memang tak layan. Lepas tu ko geram and ko pun bg tau wife ko yang perempuan ni la yang tergedik2 kat ko….oooppsss… macam marah giler lak aku ni….tapi, memangla tak dinafikan yang perempuan gatal jugak, hehe….tapi senang jek la….kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyik…. perempuan tu maybe layan2 la gak kot, tapi kalau ko tak layan balik, tak kan dia caryy on kan….then…kalau sekali dua ko tak layan, takkan la betina tu gedik lagi kan…… mestila betina tu pi carik jantan lain daripada terhegeh2 kat orang yg sama….. and kalau dah bersuami/isteri…. better kate terus terang, sorry ye, aku tak layan benda2 ni….ke ape ke? dah kalau di layan2, di balas2 sms tu…memang la orang tu syok….. ini daripada perhatian aku la dulu2….. sebab aku rase lelaki especially yang berumur tu (dalam 30++) memang dah mcm keladi kan….huh, harap2 jauhkan la En Rais dari benda2 tu….. Itu jek doa aku….

Orang depan aku ni tgh sibuk berdiscuss ape2 ntah…. bising la…. aku ni dah terlalu lama bersedih…. kenape dengan diri aku pun aku tak tau….. merepek kan….sampai pikir yang bukan2 jek…. tak payah la aku nak ceritakan….. tapi kawan2 yg dah tau senyap2 ye, jgn bgtau sesape…segan aku…. aku nak kena semangat KUAT, itu kate abg rais…. ayat tu memang  besar maknenye….. bukan just sekeping ayat je…. so, skang ni aku kena happy selalu and jgn pkr bukan2….. kena sentiasa ada benda nak dibuat…. memang la aku ada bro tapi surely lain la…..bro still kecik…. adui, mcm dah nak bercerita pulak….better stop skang…itu jek la…. tapi thanx to Ateh sebab byk tolong and bagi support!!! Love you soo much….

Cerita lain pulak, semalam baru balik dari KL….sungguh memenatkan la….nak lawat mok yang baru lepas operation lutut. huh, dengar dia cerita pun dah seriau…… tp so far dia ok la…dah beberapa hari keluar dari ICU sebab low blood pressure and paru2 infected….. tapi so far skang ni tak boleh nak bangun lagi….huh, aku dapat bayangkan kesakitan tuuu…..

Then pi jumpe beberapa orang untuk settle something….. pi balik Sban lawat mak abg rais, sempatla lepak umah ateh kejap mlm tu…. Jumaat malam tu sampai awal, dalam kul10pm….lepak makan then tido umah Lambok…abg rais berborak sampai kul 5am tuu…si kecik tu lak sampai kul 3.30am…..aku kul 2am dah tergolek….tak larat la nak tunggu, korang jagalah si kenit tu…… Balik Penang sepjg perjalanan pun hujan…..bahaya, alhamdulillah sampai jugak dengan selamat…. so far tak jumpe any accident pulak tapi belah2 nak ke JB banyak accident kata mama, semua bumper to bumper….

Skang ni pun hujan…. kerja pun kureng….actually tak de yang urgent la…. orang pun xde….sunyi…macha aku pun dah pindah tingkat atas…. lagi no member…. lagi lah fikiran menerawang ntah ke mana….. i hope i managed to control the ‘unauthorised’ feelings….. perempuan ni susah la….skt2 nanti sedih la…. tension la…. ape la…. tp nak buat mcm mane kan…. kalau kerja boring, tak kerja lagi boring…. kalau cakap - eh, cakap syok….. kalau pi jalan boring (kalau xde duitla)…. duduk umah pun boring…. ape aku nak buat nih?…. huuhuh…. takde anaka boring…. ada anak pun boring jugak je…. eh, bukan aku kate bro memboringkan…. dulu aku ingat bila dah ada anak best la….tapi sunyi gak je….maybe sebab bro tak bole cakap lagi kot….. arghhhh….. byk sgt la pikir…. ni semua la ni….

Tak kan la nak pi bercuti jek sepjg mase kan……. kalau aku kaya syok la… tapi ntahla….idea dah takde ni….. itu jek la utk hari ni….

Episode 2…..

May 30th, 2007 by norlipinky

Hari tu aku post sampai mane ye? kalau tak silap sampai Victoria Peak… so aku sambung dari situla ye…..mase kat Victoria Peak tu tak perasan lagi….. bile nak pi ke tempat seterusnye, aku sedikit pelik sebab kenape muke anak aku banyak rashes ni? merah2 penuh satu muka….badan pun ada, memula ingatkan sebab dia panas sangat kot….tapi bila tanya mama, mama kate itu adalah Chicken Pox…..hua hua hua…..

SO, sampai tempat seterusnya….. kenala jaga2 sebab chicken pox kan tak bole nak kena hujan…time tu renyai2….memang aku tak sangka bro bole kena time2 ni pulak….padanla dia demam and tak sedap badan dalam flight, semua nya terjawabla….kalau kita orang dewasa pun sure tak sedap badan, inikan pulak budak kecik….

Aberdeen Village

Dah la kena bayar lagi sorang HK60…. tak termasuk dalam pakej la katenye….pastu naik sampan pi pusing2 kat kononnye penempatan terawal la di HK….itula salah satu tempat bersejarah….bak kate tourist guide aku tu, kerajaan HK dah bagi rumah apartment kat setiap family tapi depa kata "tak goyang, tak boleh tidur’….yela, depa selalu tido dalam sampan….. feel dia lain la kan….hehe…. tp kerajaan bagi depa duduk with 2 conditions…1) kena pi buat medical cek up every year 2) tak bole turunkan sampan tu pada anak2….so, bile dah meninggal, kira habisla era tido dalam sampan…. dianggarkan every year kerajaan ambil balik 10 sampan…. dah nak pupus dah….

Pakcik yang bawak boat tu pun tak reti ckp english, cume ada a few perkataan yang dah diajar la…bile kitorang tanya soklan yang lebih ekstrem, dah tak paham….hihihi…..kat situ ada satu floating restaurant, one of the most expensive restaurant and sungai dia tak berbau pun sebab itu pun tempat orang2 kaya park boat2 depa….so kenala jaga hati depa, kalau depa bising, haru la kan….. kerajaan HK ada letak satu coating kat dasar sungai untuk avoid bau-bauan yang tak diingini……

Arena of Stars

Kat sini ada mcm kat Planet Hollywood tu, bermcm2 tapak tangan artis2 la….dari dulu2 sampai la ni….. kalau orang famous yg dah lame2 yg dah takde, no tapak tgn la…. nak tau, tangan Jet LI sama bessar ngan aku jek…. heheh….. yang lain semuanya aku tak kenal coz aku bukannye fan of HK celebrities….

Hong Kong Ferry

HK Ferry ni actually dah terbubarlah sejak aku balik ke Msia sebab mase aku kat sane dia kate end of that month (May) dia dah nak runtuhkan…. tempatnyer lama and antik la…aku pun tak masuk sebab tak naik feri pun, tengok dari jauh jek…. abg rais amek la gambo sebab dia suke la sejarah ni….tourist guide (Peter) aku kate HK dah takde sejarah lagi dah sebab semua depa bina bangunan yg baru….

Makan Time!!!

Syok ni….dah la lapo and nak gak tau ape menu dia kan…. pakcik owner ni asal dari Singapore…aku rase dia kawin ngan chinese HK kot….tapi dia amat pentingkan halal la….sebab semua makanan dia Halal…. time tu dah pkl 2 kot….dah la hujan tgu makanan tak sampai2. yang first sampai is sup….habis licin semua sup tu….tgu punye tgu barula dtg menu, nasi puteh, sayur Pak Choy, Udang goreng ala2 tepung, ikan nuget masak x ingat dah….ayam ala2 mcm kari….besh ooooo!!! kenyang makan……

JC Jewellery Store

JC ni konon2 stand for Jackie Chan sebab dia owner for this store la…ada mcm2 diamond la kat sini and jade jugak la….emas ke platinum ke….. jam letak diamond ke….depa kate semua jam brand2 terkenal order dari kedai ni la….xtau la btol ke tak kan…. masuk dalam dia tunjuk barang kemas la…. boringnyer….buat ape nak beli barang kemas kat HK…maybe org kaye adela kot….tapi kami datang nak cari barang2 yang murah…..so, tengok2 jek la….ada yang beli pun baba and abg rais - beli gelang yg konon2 kesihatan tu la…..itupun HK200….penipu btol sebab lepas tu kitorang pi China, depa jual CH100 jek…. dapat cincin lagik…..

Herbal Shop

Ini lagi satu merepek la jugak sebab mama kate mase dulu dia pergi Beijing pun dia dah beli, sampai skang pun ada kat umah lagi herbal tu….tapi end up dia gak yang beli…..hampir HK600 gak la…. kate kalau beli yang ini kena complement dengan yang ini…. hmmm, ape2 jekla…aku tengok aje le…

To Shenzen

Lepas tu we all semua naik komuter pi Shenzhen China….. sampai sane ada orang lain yang menunggu, Andy…. depa ni memang janji pun tak betul la…tension aku dibuatnyer…. tgu punye tunggu dah pukul 6 baru sampai hotel… cek-in and pi mandi, siap2 kan bro and solat….then 7.30pm keluar pi makan…..kat Muslim Hotel….dekat jek,kitorang jalan kaki jek…

Masakan pun depa masak macam ala2 Malaysian la…kalau orang Arab depa bagi makan ala2 tosei ke, ikut ape makanan ruji kita la….so, not a problem pun….tapi yang penting sayur Pak Choy tu memang ada setiap kali kitorang makan…. depa ada sorang penyambut tetamu yang akan pakai cantek2 untuk tunjukkan tempat duduk, tapi alkohol pun dihidangkan jugak…tu yang aku tak phm tu…

Lepas makan mama suro Andy bawak pi kedai2 murah, then dia pi bawak ke barang2 yang made in China yang mcm aku bole dapat kat Batu Feringghi…..baik aku beli kat Bt Feringgi, lagi murah sebab kat sini depa dah naikkan harga untuk tourist….end up pun tak beli ape2….hari yang amat sedih….. sebab tak dapat shopping best2…

Hari esoknye kita pi Herbal Shop, Jewellery Shop and also sutera punye store….semua pun boring…..last2 Andy tu kate lepas ni kita akan pergi ke cultural village tapi mama kate bawak kitorang pi ke mana2 tempat shopping yang best2….. tapi maybe Andy ni dah disuruh oleh bosnyer untuk ikut itinerary kan…tapi mama bertegas jugak,,,hehe….mana boleh lawan mama kan…..hehehe….then, kite terpakse amek gambo jek la kasi prove kat bos dia….

Kite ingatkan dengan amek gambo membantu si Andy ni….skali dia charge pulak gambo yg tak cantek tu….semuanya CH400 lebih kurang….mama dah mengamuk la mlm tu tapi terpakse ekur jugak keluarkan duit….kesiannnn….. dahla time tu hujan, aku kate xnak join sebab bro sakit, dia pi pakse gak keluar….aduiii…..aku memang taknak pi lagi dah tempat ni,kata dalam hati….

Pulak kat luar ada makcik bergaduh2 dalam hujan berdarah2 sebab depa ni tukang jual payung, sekali auntie sorang tu jual harga yang lagi murah…auntie yg sorang lagi tu marah la….gaduh2 betul2 depan van kitorang…..huhu….time tu bro tido….kesian dia…. kena gak amek gambo…. kadang2 aku kesian jugak la sebab bukan senang untuk depa ni nak ari duit….negara diorang miskin tp ntah la…malas la nak pikir kan benda tu kan…..

Lepas pi amek gambo kitorang pi jugak shopping complex berdekatan….. tapi harga pun same jek….tak murah pun…. cume yang best elektronik jek la….. gile murah, maybe sebab banyak barang tiruan…tak kirela…asal bole guna ok jek la…..

Abg Rais beli PS2 dengan harga CH900 siap dengan exercise mat and card…. bateri rechargeable yg 3000 CH30 dapat 4…..aku dah giler…. aku beli thumb drive 2GB sony vaio (tipu punye kot) harga CH50= RM25….syok oww…. baba paling banyak beli….iPod nano la, bateri la….ntah ape2 lagi la….heheh…. mama belanje aku purse LV (yg bole dpat kat Bt feringgi lg murah kot) dia beli 3 CH100….. tak sure…tapi cantekla…orang bagi cantekk ajekk….hehe…

Pastu nak cari untuk famili pulak….. adala kedai tu, dah la tak bole nak cakap english, penatla main tekan2 calculator….nasib baik aku phm cina sket….tp terukla aku cakap….. tp at least messej aku sampai la….ehheh….. shopping pun dah sampai petang then balik trus pi dinner kat Muslim Hotel tu and balik rehat…..

Depa ni walaupun tempat muslim tapi kat toilet memang xde air….punye la susah….kalau nak buang air besor sama ada pagi or petang bile kat hotel jek la….tapi kadang2 mana bole tahan kan…ada satu kali tu penat la aku mintak gayung ke ape2 yang sewaktu dengannye la….skali dia bagi teko aladin daaa…..hahaha…..nak buat mcm mane, janji bole bersuci…..ahaha…

Ok, sambung lagi di episod akan datang k….

A trip…..

May 24th, 2007 by norlipinky

Bulan ni aku dah kena ikat perut, tak boleh nak berbelanja lebih2 sebab dah banyak habis duit kat Hong Kong…..and also dah terbeli benda mahal yang tak sepatutnye aku beli…huhu….dah menyesal, padan muka!! haha….

So, kat mana aku nak cerita pun tak tau… better aku start dengan latest updates kat gambar aku la…iaitu, Trip to Hong Kong…. Actually trip ini disponsor oleh mama….thanx ma! Love you! cewah…. and first time kami pergi sekeluarga….. dengan mel, bro and abg rais sekali la….selalunya mama pegi ngan baba and adik jek…hehe… memula ingatkan Mel tak jadi pegi sebab time tu dia nak exam tapi nasib baik exam dia lambat sket….

Aku bertolak hari Ahad petang…. nak dijadikan cerita itulah last day bro dengan babysitter lama….itu lain kali la ku cerita ye…. so, on Friday babysitter tu katela yang bro demam, maybe sebab nak keluar gigi geraham kot….alamak, tak lame lagi ni dah nak kena belayar, mcm mane nak pi kalau demam kan, takkan la aku nak pi enjoy and tinggal bro ngan mak mertua pulak…tapi aku biarkan hari tu berlalu….

Hari Sabtu aku dah ada kat KL….tido kat Hotel sebab malas nak kacau orang kan….tapi hr tu bro still panas lagi…dah la tak nak makan ubat, lepas tu bila bagi makan, dimuntahkan balik…demam pulak dah 39 darjah tu….risau giler aku….memang weekend tu amat menyedihkan la…. pastu aku and abg rais decided pi klinik lagi and before tu tanya pendapat atam, then atam bgtau yang boleh pi mintak ubat peluru kat farmasi….ubat tu ditolak ke dalam punggung si kecil la…..

Tapi kitorang decide nak pi PUSRAWI kat seksyen 14… doktor pulak bangsa asing , tak berapa pandai cakap BM and bro ni punye la nangis sampai aku pun tak dengar ape yang doc tu kate…. aku layankan ajela doc tu…. nasib baik dia paham and dia ada bagi ubat peluru tu…. balik tu bile nak masuk kereta pulak terkunci dari dalam dengan kunci tertinggal….haha….itu la En Rais…kadang2 dia ni careless sket…dah la malam2…aku pulak lapo ni tak dinner lagi…dengan hujan gerimis and bro yang demam tak sedap badan ni..

Kitorang naik teksi pi balik hotel sebab dia kate ada kunci spare kat Hotel….ok la tapi still dah mengganggu masa2 aku….and itu semua terus memudarkan nafsu aku untuk berjalan2….by the time sampai hotel dah pukul 9 lebih, aku naik bilik…biorkan dia yang handle keta dia sendiri…. nak pi turun beli makanan pun rase sukar sebab dengan keadaan bro lagi…so aku pun kirim ngan abg rais and tgu dia balik untuk masuk kan ubat dalam punggung bro….

Time masukkan ubat tu, aku rase kesian sangattt..huhu..kesian dia sebab kalau aku pun mesti la sakit kan ( agaknye la)…..tapi nak buat mcm mane…. letak cold fever kat dahi dia, and at last balance benda tu tertinggal kat hotel bila cek out esok….dah kena beli yang lain pulak…esok dia ok la….lincah tapi dia memang lincah pun kalau siang2 kan….tinggal malam2 jek la….pastu Sabtu terus balik Seremban…. coz esoknya adik ipar aku yang akan hantar….

Kitorang bawak beg besar besar tapi satu jek….senang….hari Ahad janji ngan mama semua kat KLIA la…. dalam kol 3.15pm kitorang sampai and flight kul 6.45pm… dah jumpe2 semua…. then check in and berlepas la kitorang ke HK…. sampai dalam kol 10.30 malam….memang dah takde ape2 pun…. tapi sepanjang perjalanan ke sana, bro menangis tak henti2….huh, aku pun tak tau la kenape….bagi susu taknak….padahal dah pernah naik flight before ni…. sampai orang sekeliling semua dah pandang2 semacam dah…. habis aku nak buat ape? huh, last2 aku suro baba dia pi bawak dia jalan2 sekeliling flight…..

Kitorang beranggapan dia rimas la kan…dah la tak bole nak berjalan…tempat sempit….. and telinga pulak sakit….demam time tu dah ok dah…. sebab before berlepas aku dah sumbat peluru dah….  habis semua benda stewardess tu bagi….gula2 yang end up dimakan ole umi and ciksu…. gift bag - mana dia tau nak main and appreciate kan….at last kami sampai hotel pukul 12.00 malam…. penat la konon….terus tido dalam bilik hotel yang kecik giler….

Vistoria Peak

1st tempat yang kitorang visit…ni kira mcm Penang Hill la…. best jugak…sejuk and pemandangan yang mengkagumkan….ada satu kedai Hard Rock kat tempat tu….kitorang pun beli la ape2 barang yang orang kirim…. then…amek gambo…. dengar tourist guide tu bercerita dalam bahasa Melayu…tit tot tit tot rupenye dia tu orang Malaysia dari Kuala Pilah…. okla…. tapi aku tak tau kenape aku tak suke dia….dia ni mcm tak ikhlas la nak deliver kerja dia tu….aku rase la…. naik ketapi mcm nak naik bukit Bendera…. sume ketapi dia best sket and teratur sket la…..

Ok. Selebihnye aku akan cerita pada keluaran akan datang….tungguuu…

Kereta……

March 29th, 2007 by norlipinky

Hari ni aku nak cerita kisah lain pulak la…. Ateh punye kereta kena curik, she parked right in front of her house…but without gatela….. her area is like in overseas resident la konon2…..ihhihi…tapi ada guard la jaga…. yang peliknye mcm mane kereta tu bole lepas keluar dari guard post? hmmm… are u all thinking what i’m thinking? must be guard punye kerja!!! Orang kate tak baik la nak menuduh2 ni tapi dah request untuk tengok CCTV pun lambat mcm siput jek nak bg…. must be something’s fishy goin’ on…..hehe…. mcm cite CSI la ni….

I wonder how many crimes I can solve if I am one of the CSI team - NADA kot….. hik hik….nampak mcm senang tapi susah kot!…. kesian la kat Ateh tu, baru balik dari US 3 bln dah kena curik keta dia…. dah la Uncle kate dia beli stereng lock la, ape2 lock lagi la for portection - RM 700++ tapi still kena curik gak…… kirenye, look on the bright site, orang ni terror la kan membukak keta tu tapi salah arah la…. kesian Ateh…dengar2 cerita dia nak beli MyVi jek pas ni… dah takot la tu…. bahaya skang ni….memang menakutkan….

And lagi satu is keta aku telah melanggar pokok!!!! huhu….bukan aku yang drive tapi one of the collegue yang pinjam keta…dia terlebih bajet and overconfident kot yang bole lepas jarak tu….skali srreeetttt selamat la pintu kiri depan aku….hahaha….aku gelak jek la bile dia cite….. actually dia call nak pinjam and aku bg jek la….kang kalau tak bagi kang kate lokek pulak….. dia nak pi hospital jenguk staff dia sakit….. ok, pi sorang2 jek la…..tempat parking tu memang kecik la - as I was told….tu yang kena tu….

Dia janji la nak bayar semua benda tu - dalam RM 200++ jekla plus cat lg….tapi aku pun ada contribute gak kat belah kiri pintu keta tu…..so, total up will be RM500++….huhu….aku la yang nak kena bayar extra RM 300 tuu!!! huarghhh….tu yang still hold dulu tak buat tu…..then kalau hantar bengkel makan masa seminggu, mcm mane aku nak pi kerja seminggu? penat la pulak abg rais nak hantar and arghhh…. susahla….. so, nanti2 la gamaknye….kena plan dulu!!

Dear Manager…..

March 27th, 2007 by norlipinky

Bosannye….. even kalau busy pon still terasa bosan…. tapi memandangkan aku hanya ingat satu benda nak cerita….so, better start sebelum lupe kan….

I think I mentioned one manager yang tak berapa betul sket I would say before… skang ni dah ramai la jugak staff under her yang resigned… so baru2 ni memandangkan diorang baru enforce sesape yang nak resign kena buat exit interview….aku dapatla mendengar penjelasan daripada staff dia yang nak resign tu tapi ini semua OFF RECORD katenye sebab dia tak nak kecoh2 kot….

So, aku pun dengar la… tapi before this I heard so much things about her….nasib baik dia ok ngan aku la so far….so, aku cerita yang mana aku ingat jek la… dulu ada sorang staff dia yang dah kerja 5 thn then resign sebab stressed sangat dengan dia….then, ape dia kate tau? I should have hired the guy who came interviewed with you last time….huh, orang tu dah contribute 5 years kan elok kalau just kate good luck to you bla2…..

Then dia ni memang marah la kalau staff dia pi ngendeng2 kat Engineer sebab bak kate Engineer ‘ darah lain ‘ tak bole jalan sekali….dia rase dia marketing yang buatkan ofis hidup la konon2…tapi tak de ke dia pikir yang even janitor pun ada contributions dia gak? kalau tak de support team mcm engineer tu sape yang pi install / repair benda2 yang rosak kat tempat customer? hmmm, marketing ke? jangan harap la kan…. jangan ingat sebab korang yang bagi bisnes ingat semua orang selain dari Sales and Marketing tak membantu!….

So, ada 1 hari macha aku tu borak2 dengan staff dia dalam bilik yang memang transparent, semua cermin…can see thru…. then after her staff when out she asked, What did you do with VJ? Ape yang you bgtau dia? huh, hello……like what my uncle said - micromanaging….. huh, bukan nye ape pun kan….then ada sorang chap - Malay yang masuk kerja dengan wajah yang enthusiastic la memula…. after 2/3 months terus moyok and bgtau kat one of the engineer - I am not myself anymore!….huh…

Kuasa brainwash dia memang power giler….kalau dia nak tau secret tu dia akan tanya then she will use it later to turn back at her staff….teruk tak teruk…memula berlagak macam-let me try to solve ur problem…bla3…. pastu pulak bile dia marah terus relate rahsia orang tu!haaaa…..menakutkan…. Kalau dalam meeting there will always be 3 groups, 1 is her alone, 1 is our company, and 1 customer…so, if customer complain masa meeting dia terus shoot kat engineer tu….. oh, A….u cannot do this bla3….. next time bla3.. depan customer…..

Dah la engineer tu dah build up certain relationship dengan customer lepas tu dengan percakapan dia tu memperlihatkan mcm engineer tu tak tau nak buat kerja….kesian tak? Ada one day tu, aku pi Kulim and she was looking for me all day….dia ni memang kaki tak puas hati terus call boss aku and luckily aku memang bgtau boss mane2 pun aku pi…..so, bile boss aku explain dia pun senyap la kan…. hehe…. 

Hehe ni ada lagi satu benda yang memang dia selalu buat-her favourite…. kalau dia cakap dengan Manager group lain, then no response or action, dia tak teragak2 untuk call manager tu punya manager!! asalkan semua ape yang dia nak dia dapatla….

Then I heard last Friday she was screaming at 3rd Floor kate yang if we did not admit that its our fault, no more business for us! sambil menjeling Team Leader support tu….nasib baik aku kat tingkat bawah….hik hik…. skati dia jek…..pompuan selalu tak bole nak control kan….padahal server tu down after 1 hour the engineer install…. ape ntah, aku tak tau la procedure technical kan…yang aku tau depa kate tak sepatutnye kite admit la….

Dulu orang semua suke dia nak resign tapi bole pulak tak jadi tu…..dengar cite manager dia dari KL menangis2 merayu kate jangan berenti- aku tak tau la betul ke tak kan….. kalau jumpe ngan aku dalam lif ke aku terus senyap-tak tau nak kate ape beb…. then dia la yang selalu puji- u punye tudung ni cantekla, baju cantek la bla3…. aku pun say thanx jek la kan…dengar cerita pulak kalau dia ni nak menang tender selalu la puji2 customer tu cantek la, ape la…. tapi ada sorang customer tu duduk sebelah dia kat PIBG sekolah dia boleh tak tegur!the same customer yang dia puji cantek tu…..hahaha…..

Ada sorang lagi kawan aku ni - engineer jugak la….terjumpe dengan dia kat pasar…..si manager ni pulak bole jerit nama dia …kawan aku pun tak tau nak kate ape la kan sebab dalam ofis tak pernah pun nak say HI ke, tibe2 like so friendly pulak kat luar….pada dia marketing mcm darah raja la….ceh….meluat aku…. aku tak tau la aku dah cerita ke belum, kan dulu aku ada di offer permanent under dia, aku rela tak accept!!! then, ada budak tu skang bole kate balik kat aku-nasib baik awak tak amek offer dia dulu sambil mengeluh ….. hehe….

Then, kalau dia marah staff mesti nak banding kan dengan employee dulu la…..CT tu buat mcm ni….kenape u tak ikot mcm dia buat? kalau bodoh tu dah selalu la kena dengar….aku tak dapat bayangkan berapa lama jek aku akan dapat kerja bawah dia….huhu…. nasib baik tak? tapi kuasa veto dia tetap akan ada punye…..even engineer punye boss pun dia bole lipat senang2 jek…. semua orang mcm malas nak gaduh ngan dia kot….okla… esok ada mase aku story lagi hal lain….chow!

BATU KERAS…

March 18th, 2007 by norlipinky

Kehangatan ape yang aku nak cerita ni pon dah surut dah sebab dah lama baru nak update kan…huh… memang ketinggalan zaman btol aku ni or aku dah semakin malas nak update blog….

Bukan minngu lepas yang aku nak cite tapi 2 kali sabtu yang lepas la…eh, kenape sekarang aku rase mcm ketandusan idea betul nak bercerita ni….ok, so weekend lepas aku balik KL…. Khamis malam lagi dah bertolak actually, sampai pun dalam tengah malam la.. then esok pi OU nak jalan2 sket la…. pulak tu sekarang ni si kenit tu dah pandai bising2 and meragam….. sampai kat OU baru message alin kate nak jumpe…. nasib baik dia kerja….saje je nak buat surprise actually….tu lah first time alin jumpe Harith….pastu pulak buat perangai pulak bro ni….baru bangun tido menangis mcm kena pukul….

Aku nak habiskan aiskrim pun tak sempat, terpaksa la tinggalkan favourite food aku tu…huhu….pulak petang sket Abg Rais ada plan nak jumpe orang kat Kajang….. aku tak kisah kalau dia suro ikot, aku on je….tapi dia suro stay….so, aku pun pergunakan peluang ni untuk bershopping la….baru jek nak excited, dah menangis lagi budak ni, nak aku dukung dia jek….mana larat aku kan…..last2 aku geram, aku pi beli tiket wayang, tengok cite Charlotte’s Web……hik hik…..best gak…bro pun senyap la….dia memang suke tengok2 wayang ni…. then, tido kejap dalam setengah jam….then panjat2 and jerit2 tapi aku tak kesah sgt sebab orang tak ramai….

Stoller dia aku letak kat kaunter tiket tu…mesti orang2 kat situ kate mak dia ni gile kemaruk nak tengok wayang ke? hmm, pedulik la….janji anak aku tak mengamuk!!… hehe…lepas habis tu baru la baba dia sampai…. then malam tu tido umah Cik Su….tu pun aku sampai lambat….banyak sangat appoinment ngan orang….. memule mama and baba dah frust sebab tak dapat jumpe cucunda dia sebab ingatkan kitorang tak jadi nak tido sane….tapi setelah berbincang ngan Abg Rais, kitorang pun tak nak la mengecewakan harapan diorang tu yang datang KL semata2 nak jumpe cucunda and anak sedara diorang….hihi…

Hari Sabtu pi jumpe orang2 belah Seremban pulak….so, dalam kol 12 la kitorang bergerak jumpe ateh….tit tot tit tot janji kat Jusco Senawang, lepak2 then balik Paroi…sampai dalam kol 5 jugak…. pulak lepas tu Ateh mengajak pi KL lak malam tu….aku kate tak yah la kat Abg Rais, tapi dia dah kate OK… terpakse la layan…..

Sabtu malam Ahad tu kitorang kate ngan Mak yang nak pergi convension Public Mutual….hehe….. Ateh pon sampai dalam kol 10.00pm gak la….lambat btol ‘konvensyen’ nye ni….. masalah nyer bro, kitorang kenalah tinggalkan ngan mak….bukan salah aku ye….pastu kitorang pun menujulah ke Hard Rock Cafe….sampai pun dalam kol 10.45 kot mcm tu… aku ni first time pi tempat2 tu…. dah la pakai tudung…..mcm2 kerisauan la….tapi kenape lak aku nak takot….bukannye aku pi ngan sesape…ngan laki aku kan….dah tu ngan Uncle and Ateh lagi….

Sampai2 ramai orang tengok sebab kitorang pakai tudung kan…aku pun tak tau nak react mcm mane bile ada lagu yang aku suke dinyanyikan…..nak hangguk kepala kang kate org pakai tudung pun same la…. dalam tu bak kate uncle ramai la Melayu yang lupe diri….hehe..bukan aku yang cakap ye….dengan yang satu group ni order Beer Tower….. depan ni pulak 2 lelaki yang tak berapa hensem and sedikit lanjut usia order JD…pergghh…. no comment la ye…. Ada gak yang datang memang just nak layan lagu….orderla COKE…. aku punye coke pun tak habis….

Then tetibe ada sorang waiter datang and kate meja di dah reserved…. Uncle pun pertikai kan la….mana ada tanda reserved atas meja….. langsung takot nak datang balik…dah la aku sakit tekak…. yang paling aku takotkan is, manalah tau kalau2 ada lak orang baling bom mcm kat Indon tu…selamat la aku!!! memang hati aku tak tenang pun duduk dalam tu, asyik terpikir ape jadi kalau bom meletup kat situ…..huh, terlalu dimomokkan dengan cerita2 luar negara….tapi memang patot takot pun kan…..bile dah keluar rase lega giler….. aku lak tak reti nak bau arak and nasib baik time tu hidung aku lak tersumbat….. so, memang tak bau pun la….

Ateh ni actually nak pegi layan Nite Club…huh, giler tak? dia tempat2 Hard Rock mcm ni dah selalu pi dah mase kat US dulu….so, maybe dah bosan la kot… dah la nak cakap pun kena jerit2…. tapi band dia punye suara memang best la….. caya la….memang aku kalau orang takde aku dah layan la lagu2 dia tu…. Cume memandangkan aku lain drp lain, so better duduk diam jek la…risau gak mana tau jumpe ngan orang2 yang aku kenai…..tapi come to think of it ,kenape lak nak takut, bukan nye aku buat ape2 pun kan….ngan hubby lagi…. so, aku lepak balik…..

So, akhirnye setelah beranak satu barulah aku berjaya masuk tempat tu….. dulu2 nak masuk lagi la takut kan…skang ni kire dah matured la sket…pergh perasan….. tu jek update hr nie…esok ada mase aku cite lain pulak……