Archive for July, 2008

R.U.D.E

Tuesday, July 15th, 2008

Aku baru jek menaip tadi, dah nak perenggan ke empat dah…tp boleh pulak aku tekan butang CLOSE….dasar mengantuk la ni!! huaargh….dah kena taip balik… so taipan kali kedua ni tak la mcm yg pertama td sebab dah tension..tp salah aku sendiri pun….

So hari tu balik Sban bersama2 dgn abg rais, adik n bro of coz..on the way singgah kejap kat R&R Sban nak beli sarapan….tp ms kat dalam kedai tu aku ternampak seseorg muke yg familiar….time tu pun dia terpandang aku…tp aku takut lak nak tegur sebab karang salah org lak…tp bila adik kate td ada org panggil nama aku, then br aku confirm la memang betul la org yg aku nampak tu Mail Kelate… susah nak kenal kwn2 belajar skang ni sebab ramai yg dah berubah (aku pun tak rapat sgt ngan dia)…yerla masa zaman study dulu semua selekeh2 and tak pandai melawa…sorry la Maie aku tak dengar ko panggil aku….

Bercerita tentang rude ini aku selalu terkena di mana ada bangsa lain akan bercakap dengan bangsanye dengan bahasa yg hanya bangsa mereka sj yang paham…kalau nak ckp dpn aku tolong la pakai bahasa yang aku paham!! sebab pada aku itu RUDE - memang pun… mcm ko mengata lak org yg tak phm tu…sama jugak kalau ko berbisik2 ngan kwn ko tp didepan org lain yg tak dpt nak dgr bisikan ko itu…. kurang ajar namanye…pada aku depa ni tak reti bahasa…..dulu masa budak2 mungkin ramaila kot yg buat….dah beso ni tak tau la….kalau ada…memang ada masalah komunikasi orang itu (pada aku la)..hehe

Bole bg idea mcm mane nak alertkan org kereta depan yg tgh mengantuk? aku selalu nampak keta yg kalau kat highway jalan sedikit terhuyung hayang and kurang kawalan….kesian pun ada tp mcm mane nak tolong dia aku pun xtau…. kalau ngantuk tp tempat rehat still jauh lg tak kan nak benti jek kot kat tepi highway tu? lg membahayakan diri dia gak…. lagi satu, aku pernah nampak org mengantuk dalam jem….punyela lmbt bwk keta….dari belakang aku nampak dah mcm2 usaha dia buat tak nak kasi mengantuk….urut2 bahu dia sendiri la…budak tingkap la…tp kalau tgh jem mcm mane lak nak benti? kalau kat tmpt mcm Federal Highway tu? lg la bertambah jem karang… nak hon karang org lain tersalah anggap pulak…sia2 aku yg kena… tp aku kesian la….

Lg satu aku kesian kalau aku lalu kat tepi2 bus stop tu mesti ramai orang… kesian sgt2….oleh kerana aku dah pernah naik bus… aku paham perasaan mereka….aku rasa mcm nak bg depa tumpang aku jek….tp takut gak kalu org tu orang jahat ke (walaupun perempuan)…last2 aku lak yg kena paw karang…. yerla sebab kalau drive semua org bawak keta sorang jek 1 keta….bole muat lg 3 org dlm keta tu…tp aku tak tau mcm mane nak tlg…nanti org salah sangka pulak….tak kan la aku pi benti kat bus stop tu n jerit…. Subang!! subang!!….(dah jadi mcm pak wan cha la pulak!)

Tak Cantek or Pandai or Kaya….

Friday, July 11th, 2008

Ada beberapa perkara yang membuatkan aku mahu termuntah…iaitu kat orang yang selalu angkat bakul sendiri…. ada sesetengah orang memangla cantek dan tak dapat dinafikan lagi kecantikkannye tapi tak payah la nak cakap - Aku kan cantek! huh… tersentap jap naluri aku ni…. sungguh membosankan…agaknye dah tak ada perkataan lain kot dia nak cakap… dari terus cantek (di mata aku dulu)… langsung dah tak cantek…. terus COMOT…..

And kalau hang dah kaya and banyak sangat duit tak payah jugak nak tunjuk kat orang lah…. nanti kang orang akan lebih meluat dengan tingkah laku hang yang jugak membosankan itu… mcm nak celen la dia la yang lebih dan kaya dan lebih kaya…. tak payah…. semua orang kat dunia ni same aje…

Dah tau dah hang pandai…pun tak payah la nak ckp yang I am brilliant????????? (byk question mark nih)… how brilliant are you when you dont know what else to say even about yourself?

Tak payah la jugak hang kata yang hang ini mulut jek laser tapi hati baik…tidak ada langsung istilah itu dalam kamus hati…. kerana bak kata Ustazah Bahyah….ape2 yang kt ckp ni dtg nye dari hati…. kalau kt ckp tak elok bermakna busuk jugak la hati kt…. memang make sense pun….selama ni aku dok sibuk dengar org kata perkataan tu aje… cth : aku ni mulut laser api hati baik…now, ladies expecially…no such things ok?

Mungkin jugak sebab aku tak cantek / tak pandai / tak kaya aku tak kata macam tu….manalah tau kalau tibe2 aku cantek / pandai / kaya , akan terkeluar perkataan itu kat mulut aku? mintak2 dijauhkan oleh Allah….