Ape Lagi Tuh?…

Hari ini hari Jumaat dah….blink blink jek dah nak sampai akhir July… sekarang bro dah 1thn 5 bln ataupun 17 bulan la…. mcm2 karenah yang dia buat menjadikan hari aku happy and ceria….. Hari tu Fieza ada cerita dia nak tgk Transformer, so dia pun apply half day leave…. pi tengok ngan Fathul…. aku tanya Farihin x ikot ke? dia kate so far tak pernah bwk lg…tak confident…..

Then aku ceritakan la babak2 menarik Bro kalau tengok wayang…..dari YM dia tu aku tau la dia gelak besar…. heheh….. kitorang ni sejak dari awal lagi memang bawak dia pi tengok wayang, yelah orang takde family and cuti kureng…. susah nak cari orang jaga malam2 kan….. so, dia memang ikutla…. Pirates of the Carribean ke, Spiderman ke, 23 ke, transformer……ape2 lagi la yang berkaitan dengan wayang2 yang umi dan baba dia punye favourite dia mesti ada…. walaupun Rais ada membantu tapi end up aku jugak yang kena byk jaga, nak buat mcm mane kan?

Aku paling suke kalau first hour tu dia tido…at least dapatla aku concentrate sket kan….then….yang susahnyer bila dah jaga….tapi itu kira ok la sebab still mamai2….baru bangun tido….. bila dah bosan sgt mesti jerit2 la nak lepas pi jalan2 kat tempat lain…. adui…penat aku control dia…..pastu aku akan bagi pop corn kitorang…then ko main la kat bawah tu senyap2….memang habis pop corn tu dia kerjakan….bukannyer makan tapi di baling2 dan di goncang2…..semua habis tumpah (memang penatla tukang bersih tu nak menyapu nanti)…hehe…

Kalau cerita tu lagi panjang dan dia hanya boleh tahan main popcorn setgh jam je kan? dia akan meronta and tolak2 susu (sape nak susu!!apela umi ni)….. pastu aku biarkan dia turun dan bawak dia pegi kat kawasan lapang kat belakng….selalunye kitorang memang duduk paling belakang….. then dia akan main kejar2 ngan aku la…. haha…. pastu kan ada satu lampu kecik kale biru kat bwh tu….dia akan cabut penutup lampu tu? aku pun tak tau benda tu boleh di cabut2…. then aku la main tarik2 ngan dia nak pasang balik penutup tu….

Ada satu hari aku half day kena jaga dia…x sure dah cerita ke belum… pi la bawak dia tengok cite kartun kot… kalau tak silap yg ada dinosaur tu…argh tak ingatla ape tajuk dia…. time tu dia tgh syok merangkak…aku lak baru jek belikan kasut baru kat Jusco tadi….pakai kan la kat dia….di bantainye dia merangkak dari hujung seat ni ke hujung seat tu….. nasib baik tak ramai orang…3 orang jek…aku duduk depan2 sket nak elak dari orang…..boleh dia merangkak dalam keadaan gelap tu….. then gelak2…..bila keluar aku tgk habis kasut dia kotor!!! sebab kasut dia jenis kain….hbs dia gesel2kan kaki masa merangkak….huhu…. mcm2 hal…

Sekarang ni kalau kat rumah mulut tak reti nak senyap…dah la memang tak duduk diam…berjalan je…time tido je yang dia senyap….ni cakap bahasa German pun ada, bahasa Jepun pun ada bunyik gak…. babysitter kate kalau dia ‘bercerita’ and orang tak layang, siap la orang tu kena tampar mulut…adui, garangnyer anak aku….berani ko buat kat umi?…nasib baik belum lagi….. kadang2 kesian pulak tengok dia main sorang2…..dia kalau aku duduk dia ok main sorang2….. tapi kalau nampak aku nak mandi ke? nak solat ke? nak masak ke? memang merengek2 la….

Kalau aku mandi, memang selama2 aku mandi tu la dia nangis…memang mcm tu ke budak2 ni? tension kdg2…aku biorkan aje,buat dek…. pandai la ko diam… nanti kalau layan2 manja pulak jadinye…tapi nama pun hati ibu, selalunye aku tak sampai hati le… last2 ajak dia main…. hehe…. time aku solat nanti dia jalan depan la….letak barang kat sejadah la…aku tak tau la berapa banyak je pahala solat tu tinggal….huhu…

Kalau aku memasak pulak, dah tentu habis brg2 dapurku kena geledah…yang ni amek letak dalam tong sampah la…. itu awal2….bile dah bosan nanti mulela mendepakan tangan dia kat aku suro aku dukung (agak2 nak tengok lauk ape aku masak kot)….. kalau kes lagi kronik, dia akan peluk kaki aku supaya aku tak bole bergerak - itu la yang jadikan aku malas nak masak tu? hehe…..ada satu kali aku tengah masak, then dia pegang mangkuk…. aku jerit, dia lepas dengan selamba!! huhu tambahlah lagi kerja aku!!!

Tapi kalau aku vacum rumah lak, dia la yang picit butang on or off…. dia on 1 minit…tak sampai seminit dia off…. then on balik, off…. terpaksela bersabar…. kalau salah tekan butang, tertarik wayar plug pulak…..lagi satu kali tu, aku saje nak bagi dia pegang cawan (pandai, pi bg cawan kaca)….lepas tu, dia minum then terus baling….wah, happy2 jek cawan tu pecah berderai…. dah la rumah aku kecik, almari kureng…..semua brg pun byk kat bawah / tmpt yg memang dia bole capai…..memang semua habis la….

Kalu dalam bilik, meja solek aku yang paling simple punye, just clear kaca and 4 batang kaki sederhana halus….. jadi bahan mainan dia….dia goncang2 untuk dapatkan barang solek aku…..huaa…..hbs semua pecah!!…. then bawah tu aku letak kotak, kalau dia geram lagik, dia panjat kotak tu nak amek barang2…..kalau tak dia duduk antara kotak dan kaca meja solek….. then bile nak berdiri dah tak bole sebab ada kaca….haha……

So, happy weekends to all my friens…. weekend come and go as usual lah but we still love friday coz tomorrow is Saturday!!…. dont forget to watch Simpsons…… when you are so bored with your job, sometimes it is nice to watch stupid movie….. hehehe…. : )

One Response to “Ape Lagi Tuh?…”

  1. MrS MuDdY Says:

    Hmmm norli..sama ler si alis ngan Bro..nama jek gurl tp lasak sama jek lebey kurang..menda menda Bro wat…tu jugak la keja de..kekadang naik malas nk masak..lebey penat kemas sepah der wat dr penat masak..hehe sabo sabo je la ekk…

Leave a Reply