Archive for July, 2007

Ape Lagi Tuh?…

Friday, July 27th, 2007

Hari ini hari Jumaat dah….blink blink jek dah nak sampai akhir July… sekarang bro dah 1thn 5 bln ataupun 17 bulan la…. mcm2 karenah yang dia buat menjadikan hari aku happy and ceria….. Hari tu Fieza ada cerita dia nak tgk Transformer, so dia pun apply half day leave…. pi tengok ngan Fathul…. aku tanya Farihin x ikot ke? dia kate so far tak pernah bwk lg…tak confident…..

Then aku ceritakan la babak2 menarik Bro kalau tengok wayang…..dari YM dia tu aku tau la dia gelak besar…. heheh….. kitorang ni sejak dari awal lagi memang bawak dia pi tengok wayang, yelah orang takde family and cuti kureng…. susah nak cari orang jaga malam2 kan….. so, dia memang ikutla…. Pirates of the Carribean ke, Spiderman ke, 23 ke, transformer……ape2 lagi la yang berkaitan dengan wayang2 yang umi dan baba dia punye favourite dia mesti ada…. walaupun Rais ada membantu tapi end up aku jugak yang kena byk jaga, nak buat mcm mane kan?

Aku paling suke kalau first hour tu dia tido…at least dapatla aku concentrate sket kan….then….yang susahnyer bila dah jaga….tapi itu kira ok la sebab still mamai2….baru bangun tido….. bila dah bosan sgt mesti jerit2 la nak lepas pi jalan2 kat tempat lain…. adui…penat aku control dia…..pastu aku akan bagi pop corn kitorang…then ko main la kat bawah tu senyap2….memang habis pop corn tu dia kerjakan….bukannyer makan tapi di baling2 dan di goncang2…..semua habis tumpah (memang penatla tukang bersih tu nak menyapu nanti)…hehe…

Kalau cerita tu lagi panjang dan dia hanya boleh tahan main popcorn setgh jam je kan? dia akan meronta and tolak2 susu (sape nak susu!!apela umi ni)….. pastu aku biarkan dia turun dan bawak dia pegi kat kawasan lapang kat belakng….selalunye kitorang memang duduk paling belakang….. then dia akan main kejar2 ngan aku la…. haha…. pastu kan ada satu lampu kecik kale biru kat bwh tu….dia akan cabut penutup lampu tu? aku pun tak tau benda tu boleh di cabut2…. then aku la main tarik2 ngan dia nak pasang balik penutup tu….

Ada satu hari aku half day kena jaga dia…x sure dah cerita ke belum… pi la bawak dia tengok cite kartun kot… kalau tak silap yg ada dinosaur tu…argh tak ingatla ape tajuk dia…. time tu dia tgh syok merangkak…aku lak baru jek belikan kasut baru kat Jusco tadi….pakai kan la kat dia….di bantainye dia merangkak dari hujung seat ni ke hujung seat tu….. nasib baik tak ramai orang…3 orang jek…aku duduk depan2 sket nak elak dari orang…..boleh dia merangkak dalam keadaan gelap tu….. then gelak2…..bila keluar aku tgk habis kasut dia kotor!!! sebab kasut dia jenis kain….hbs dia gesel2kan kaki masa merangkak….huhu…. mcm2 hal…

Sekarang ni kalau kat rumah mulut tak reti nak senyap…dah la memang tak duduk diam…berjalan je…time tido je yang dia senyap….ni cakap bahasa German pun ada, bahasa Jepun pun ada bunyik gak…. babysitter kate kalau dia ‘bercerita’ and orang tak layang, siap la orang tu kena tampar mulut…adui, garangnyer anak aku….berani ko buat kat umi?…nasib baik belum lagi….. kadang2 kesian pulak tengok dia main sorang2…..dia kalau aku duduk dia ok main sorang2….. tapi kalau nampak aku nak mandi ke? nak solat ke? nak masak ke? memang merengek2 la….

Kalau aku mandi, memang selama2 aku mandi tu la dia nangis…memang mcm tu ke budak2 ni? tension kdg2…aku biorkan aje,buat dek…. pandai la ko diam… nanti kalau layan2 manja pulak jadinye…tapi nama pun hati ibu, selalunye aku tak sampai hati le… last2 ajak dia main…. hehe…. time aku solat nanti dia jalan depan la….letak barang kat sejadah la…aku tak tau la berapa banyak je pahala solat tu tinggal….huhu…

Kalau aku memasak pulak, dah tentu habis brg2 dapurku kena geledah…yang ni amek letak dalam tong sampah la…. itu awal2….bile dah bosan nanti mulela mendepakan tangan dia kat aku suro aku dukung (agak2 nak tengok lauk ape aku masak kot)….. kalau kes lagi kronik, dia akan peluk kaki aku supaya aku tak bole bergerak - itu la yang jadikan aku malas nak masak tu? hehe…..ada satu kali aku tengah masak, then dia pegang mangkuk…. aku jerit, dia lepas dengan selamba!! huhu tambahlah lagi kerja aku!!!

Tapi kalau aku vacum rumah lak, dia la yang picit butang on or off…. dia on 1 minit…tak sampai seminit dia off…. then on balik, off…. terpaksela bersabar…. kalau salah tekan butang, tertarik wayar plug pulak…..lagi satu kali tu, aku saje nak bagi dia pegang cawan (pandai, pi bg cawan kaca)….lepas tu, dia minum then terus baling….wah, happy2 jek cawan tu pecah berderai…. dah la rumah aku kecik, almari kureng…..semua brg pun byk kat bawah / tmpt yg memang dia bole capai…..memang semua habis la….

Kalu dalam bilik, meja solek aku yang paling simple punye, just clear kaca and 4 batang kaki sederhana halus….. jadi bahan mainan dia….dia goncang2 untuk dapatkan barang solek aku…..huaa…..hbs semua pecah!!…. then bawah tu aku letak kotak, kalau dia geram lagik, dia panjat kotak tu nak amek barang2…..kalau tak dia duduk antara kotak dan kaca meja solek….. then bile nak berdiri dah tak bole sebab ada kaca….haha……

So, happy weekends to all my friens…. weekend come and go as usual lah but we still love friday coz tomorrow is Saturday!!…. dont forget to watch Simpsons…… when you are so bored with your job, sometimes it is nice to watch stupid movie….. hehehe…. : )

G.E.N.I.U.S.

Tuesday, July 24th, 2007

At last virus yang selama ini bersarang kat dalam computer aku berjaya dibuang….hehe…. so lepas ni takde la lagi mesej2 yg tetibe jek suro click…. hey, to view my vacation photo, pls click here… bla bla bla…kawan aku bukak, vacation lain jadinyer…. aku dapat dari one of contact aku kat YM, then bile bukaka je, terus dia control semua sistem (ceh, mcm tau2 jek)…. hbs IE dah terdefault dengan coolpix tu…. huhu, tak bole nak tukar pun….. betapa ramai engineer kat ofis ni….nasib baik ada gak yang bole aku bagi piala ‘genius’…. hehe…. Thanx RAzz!!!

Aku pun x sure dah bgtau ke belum, abg Omaq ….. (ini bahasa yang selalu Kak Lily guna la)…dah pergi tinggalkan kami…huhu, dia dah pun berhijrah ke Halliburton (maybe salah eja kot)….. kesian boss lama ku tu… aku rase2 la dia mesti tension giller kerja kat sini and pulak dengan orang yang susah nak terima perubahan….. dulu masa mula2 dtg dia ada byk idea2 baru….muke dia penuh energetic kalau cite idea2 dia kat kami2…. tapi di saat akhir dia nak resign, muke pun dah monyok, asyik mengeluh jek….. takpela boss…. janji u bahagia kat tempat baru… nanti kalau aku nak mintak kerja bole dia tolong…. hehehe….

Kalau dulu aku nak mc ke cuti jek senang jek, just sms then ok…even mc pun same…dia memang lepak punye boss and syok….. tapi satu jek la yang aku risau skang ni….contract aku ni pun x sure la mcm mane kan…. entah la…. takkan nak tgu aku benti baru nak offer permanent kot (haha, perasannye)…mcm la dapat…sekali nak benti, lagi diorang suke…. haha….. padan muka aku kan….. then…. kalau aku nak pergi KL esoknyer contohla…. nak mintak balik awal kul 4pm, dia kate kul 3 pun bole…. syok ow….

Lagi ape ye, hmmm… dia punye ke’humble’lan yang susah orang nak lawan la….walaupun dia GM tapi cakap ngan kita mcm kawan2 jek…. ajak aku dtg makan satu family ke umah dia…. then, rilexla punye orang….. itu jek la….aku ni actually tak berapa kenal pun dia sgt sebab dia kat Subang kan tapi better than bos before dia la…. kalau ada ape2, dia mesti masuk kan aku dalam loop…. aku tidak dianak tirikan lagi seprti selalu, rase dihargai….cewah….. sofar selama aku kerja ni dah 3 org boss dah bertukar and itu HR ye….. tmpt yg patutnye org stay long…. ntah la…

Now boss baru is a lady…. yezza….. so far dia ok…. dengaq dia ni intelligent….kalau dah ada satu kaum (che ya nun alif) tu yg kate, memang sure betul la kan….tapi she’s quite young la pada aku …so far jarang bangsa kita jadi manager semuda itu, dalam early 30 jek…. b4 tu actually dia manager dept lain, mcm helpdesk la…. so, memang takde pengalaman as HR pun…. manager before omar pun orang technical….. hanya ‘abg omaq’ je yang memang HR practitioner la…. hmmm…. takpela… ape2 pun we just wait and look and see and go with the flow la….

Boring>>>>

Sunday, July 22nd, 2007

Tak sangka aku Alin dah menulis blog dia yang ke 100…. aku ni baru terkedek2 nak masuk ke 78…. padahal aku yang mula membebel dulu… aku berjaya membawa bebelan ku kepada dia and fiza…. you go gurls!!!…

Pagi tadi dengaq HOT.fm and diorang cite pasal sape yang gatal, laki ke perempuan? Senang kalau tanya aku, dua2 pun gatal….tapi aku nak cite pasal sorang caller tu kate perempuan yang memang gatal…dia dah la perempuan, hmm maybe dia pun marah la kat perempuan tu sebab kacau laki dia….ok, memang ada hak kamu…but, for sure ke ur hubby tu trully2 tak layan perempuan tu? aku kalau lelaki  punye cite aku memang tak percaya la…depan kita memang dia bole kate, perempuan tu yang bagi sms kat abg, kata nak ajak kawin la…. ape la…bla bla bla…. tapi laki ni memang terkenal dengan AUTA nyer…. dia ada byk akal nak bg alasan ape…… lebih2 lagi dengan bini dia kan…

Ntah2 perempuan tu memang tak layan. Lepas tu ko geram and ko pun bg tau wife ko yang perempuan ni la yang tergedik2 kat ko….oooppsss… macam marah giler lak aku ni….tapi, memangla tak dinafikan yang perempuan gatal jugak, hehe….tapi senang jek la….kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyik…. perempuan tu maybe layan2 la gak kot, tapi kalau ko tak layan balik, tak kan dia caryy on kan….then…kalau sekali dua ko tak layan, takkan la betina tu gedik lagi kan…… mestila betina tu pi carik jantan lain daripada terhegeh2 kat orang yg sama….. and kalau dah bersuami/isteri…. better kate terus terang, sorry ye, aku tak layan benda2 ni….ke ape ke? dah kalau di layan2, di balas2 sms tu…memang la orang tu syok….. ini daripada perhatian aku la dulu2….. sebab aku rase lelaki especially yang berumur tu (dalam 30++) memang dah mcm keladi kan….huh, harap2 jauhkan la En Rais dari benda2 tu….. Itu jek doa aku….

Orang depan aku ni tgh sibuk berdiscuss ape2 ntah…. bising la…. aku ni dah terlalu lama bersedih…. kenape dengan diri aku pun aku tak tau….. merepek kan….sampai pikir yang bukan2 jek…. tak payah la aku nak ceritakan….. tapi kawan2 yg dah tau senyap2 ye, jgn bgtau sesape…segan aku…. aku nak kena semangat KUAT, itu kate abg rais…. ayat tu memang  besar maknenye….. bukan just sekeping ayat je…. so, skang ni aku kena happy selalu and jgn pkr bukan2….. kena sentiasa ada benda nak dibuat…. memang la aku ada bro tapi surely lain la…..bro still kecik…. adui, mcm dah nak bercerita pulak….better stop skang…itu jek la…. tapi thanx to Ateh sebab byk tolong and bagi support!!! Love you soo much….

Cerita lain pulak, semalam baru balik dari KL….sungguh memenatkan la….nak lawat mok yang baru lepas operation lutut. huh, dengar dia cerita pun dah seriau…… tp so far dia ok la…dah beberapa hari keluar dari ICU sebab low blood pressure and paru2 infected….. tapi so far skang ni tak boleh nak bangun lagi….huh, aku dapat bayangkan kesakitan tuuu…..

Then pi jumpe beberapa orang untuk settle something….. pi balik Sban lawat mak abg rais, sempatla lepak umah ateh kejap mlm tu…. Jumaat malam tu sampai awal, dalam kul10pm….lepak makan then tido umah Lambok…abg rais berborak sampai kul 5am tuu…si kecik tu lak sampai kul 3.30am…..aku kul 2am dah tergolek….tak larat la nak tunggu, korang jagalah si kenit tu…… Balik Penang sepjg perjalanan pun hujan…..bahaya, alhamdulillah sampai jugak dengan selamat…. so far tak jumpe any accident pulak tapi belah2 nak ke JB banyak accident kata mama, semua bumper to bumper….

Skang ni pun hujan…. kerja pun kureng….actually tak de yang urgent la…. orang pun xde….sunyi…macha aku pun dah pindah tingkat atas…. lagi no member…. lagi lah fikiran menerawang ntah ke mana….. i hope i managed to control the ‘unauthorised’ feelings….. perempuan ni susah la….skt2 nanti sedih la…. tension la…. ape la…. tp nak buat mcm mane kan…. kalau kerja boring, tak kerja lagi boring…. kalau cakap - eh, cakap syok….. kalau pi jalan boring (kalau xde duitla)…. duduk umah pun boring…. ape aku nak buat nih?…. huuhuh…. takde anaka boring…. ada anak pun boring jugak je…. eh, bukan aku kate bro memboringkan…. dulu aku ingat bila dah ada anak best la….tapi sunyi gak je….maybe sebab bro tak bole cakap lagi kot….. arghhhh….. byk sgt la pikir…. ni semua la ni….

Tak kan la nak pi bercuti jek sepjg mase kan……. kalau aku kaya syok la… tapi ntahla….idea dah takde ni….. itu jek la utk hari ni….