A trip…..
Bulan ni aku dah kena ikat perut, tak boleh nak berbelanja lebih2 sebab dah banyak habis duit kat Hong Kong…..and also dah terbeli benda mahal yang tak sepatutnye aku beli…huhu….dah menyesal, padan muka!! haha….
So, kat mana aku nak cerita pun tak tau… better aku start dengan latest updates kat gambar aku la…iaitu, Trip to Hong Kong…. Actually trip ini disponsor oleh mama….thanx ma! Love you! cewah…. and first time kami pergi sekeluarga….. dengan mel, bro and abg rais sekali la….selalunya mama pegi ngan baba and adik jek…hehe… memula ingatkan Mel tak jadi pegi sebab time tu dia nak exam tapi nasib baik exam dia lambat sket….
Aku bertolak hari Ahad petang…. nak dijadikan cerita itulah last day bro dengan babysitter lama….itu lain kali la ku cerita ye…. so, on Friday babysitter tu katela yang bro demam, maybe sebab nak keluar gigi geraham kot….alamak, tak lame lagi ni dah nak kena belayar, mcm mane nak pi kalau demam kan, takkan la aku nak pi enjoy and tinggal bro ngan mak mertua pulak…tapi aku biarkan hari tu berlalu….
Hari Sabtu aku dah ada kat KL….tido kat Hotel sebab malas nak kacau orang kan….tapi hr tu bro still panas lagi…dah la tak nak makan ubat, lepas tu bila bagi makan, dimuntahkan balik…demam pulak dah 39 darjah tu….risau giler aku….memang weekend tu amat menyedihkan la…. pastu aku and abg rais decided pi klinik lagi and before tu tanya pendapat atam, then atam bgtau yang boleh pi mintak ubat peluru kat farmasi….ubat tu ditolak ke dalam punggung si kecil la…..
Tapi kitorang decide nak pi PUSRAWI kat seksyen 14… doktor pulak bangsa asing , tak berapa pandai cakap BM and bro ni punye la nangis sampai aku pun tak dengar ape yang doc tu kate…. aku layankan ajela doc tu…. nasib baik dia paham and dia ada bagi ubat peluru tu…. balik tu bile nak masuk kereta pulak terkunci dari dalam dengan kunci tertinggal….haha….itu la En Rais…kadang2 dia ni careless sket…dah la malam2…aku pulak lapo ni tak dinner lagi…dengan hujan gerimis and bro yang demam tak sedap badan ni..
Kitorang naik teksi pi balik hotel sebab dia kate ada kunci spare kat Hotel….ok la tapi still dah mengganggu masa2 aku….and itu semua terus memudarkan nafsu aku untuk berjalan2….by the time sampai hotel dah pukul 9 lebih, aku naik bilik…biorkan dia yang handle keta dia sendiri…. nak pi turun beli makanan pun rase sukar sebab dengan keadaan bro lagi…so aku pun kirim ngan abg rais and tgu dia balik untuk masuk kan ubat dalam punggung bro….
Time masukkan ubat tu, aku rase kesian sangattt..huhu..kesian dia sebab kalau aku pun mesti la sakit kan ( agaknye la)…..tapi nak buat mcm mane…. letak cold fever kat dahi dia, and at last balance benda tu tertinggal kat hotel bila cek out esok….dah kena beli yang lain pulak…esok dia ok la….lincah tapi dia memang lincah pun kalau siang2 kan….tinggal malam2 jek la….pastu Sabtu terus balik Seremban…. coz esoknya adik ipar aku yang akan hantar….
Kitorang bawak beg besar besar tapi satu jek….senang….hari Ahad janji ngan mama semua kat KLIA la…. dalam kol 3.15pm kitorang sampai and flight kul 6.45pm… dah jumpe2 semua…. then check in and berlepas la kitorang ke HK…. sampai dalam kol 10.30 malam….memang dah takde ape2 pun…. tapi sepanjang perjalanan ke sana, bro menangis tak henti2….huh, aku pun tak tau la kenape….bagi susu taknak….padahal dah pernah naik flight before ni…. sampai orang sekeliling semua dah pandang2 semacam dah…. habis aku nak buat ape? huh, last2 aku suro baba dia pi bawak dia jalan2 sekeliling flight…..
Kitorang beranggapan dia rimas la kan…dah la tak bole nak berjalan…tempat sempit….. and telinga pulak sakit….demam time tu dah ok dah…. sebab before berlepas aku dah sumbat peluru dah…. habis semua benda stewardess tu bagi….gula2 yang end up dimakan ole umi and ciksu…. gift bag - mana dia tau nak main and appreciate kan….at last kami sampai hotel pukul 12.00 malam…. penat la konon….terus tido dalam bilik hotel yang kecik giler….
Vistoria Peak
1st tempat yang kitorang visit…ni kira mcm Penang Hill la…. best jugak…sejuk and pemandangan yang mengkagumkan….ada satu kedai Hard Rock kat tempat tu….kitorang pun beli la ape2 barang yang orang kirim…. then…amek gambo…. dengar tourist guide tu bercerita dalam bahasa Melayu…tit tot tit tot rupenye dia tu orang Malaysia dari Kuala Pilah…. okla…. tapi aku tak tau kenape aku tak suke dia….dia ni mcm tak ikhlas la nak deliver kerja dia tu….aku rase la…. naik ketapi mcm nak naik bukit Bendera…. sume ketapi dia best sket and teratur sket la…..
Ok. Selebihnye aku akan cerita pada keluaran akan datang….tungguuu…