Archive for July, 2006

Yeslah…JE dah bukak!!!

Thursday, July 27th, 2006

Gembiranya aku sebab JE or Jelutong Expressway….. bukan penyakit JE tu yek…heheh…. aku keluar lambat hari ni…pukul 8.03 aku tengok jam dlm keta…then sampai pukul 8.13…wah…10 minit jek..selalunya kalau sampai time yang sama aku keluar pukul 7.56 mcm tu…tapi aku lalu the normal road yang aku selalu lalu hari2 ….. sebab teori aku,kalau semua orang lalu JE, mesti jalan normal ok kan (actually aku tak tau jalan JE baru tu keluar mana kat mana….so nak playsave la)….and tepat sekali!!! best2….

Pagi tadi sempat masak kodok…so, save time and duit la konon2 hari ni…tak payah keluar beli breakfast and lunch pun aku tapau nasi goreng semalam….aku tak tau kenapa aku rajin sgt semalam…tak tido petang pun…ada kemajuan nih…

Kalau kat ofis ni aku duduk kat tempat engineer yang selalu keluar pi tempat customer… so, selalunya aku akan tinggal sorang kat luar n bos kat dlm bilik cermin see-thru dia…tapi skang ni ada sorang macha ni dah selalu duduk ofis….(maybe sebab bussiness dah kureng kot skang)…hihih…jahat aku ni… so, dia pun dah jarang pi tempat customer la…dia la yang selalu teman kan aku berborak…sebab dia ni kaki borak, aku pulak yang penat nak dengar citer dia sebab penat dongak…dia dah la tinggi, kalau borak nak diri…aku duduk….huh…kalau dia tak de memang aku seriously boring punya…. sampai dia pulak jadi tukang kira berapa pose aku tinggal nak ganti…hihihi….mcm seketari aku pulak…hahah

Lagi, Harith dah pandai ape ek? aku ni kadang2 lupe nak cerita pasal anak aku la… oh, kalau pi mana2 aku selalu suka nak cium dia…kang orang ingat aku terlalu taksub kat anak pulak….hahah.. kadang2 suke bau baby dia…memang tak puas nak cium…nanti kalau aku dukung bertalu2 aku cium…biorla, anak aku kan….taksub pun taksub la… geram betul tengok muke nakal dia tu…hehe… ape lagi yang dia pandai ek…

1) Tarik rambut umi…hahaha…sakit tau dia tarik…

2) Buat bunyi ah ah ah ah…. mcm nak cakap jek….tapi dia memang dari dulu suke kalau orang cakap ngan dia, dia pun sibuk la mcm nak cakap jugak..

3) Pandai berenang dah…aku selalu bawak dia mandi…haha…kat bathtub dia jekla…nanti dia kuis2 la air sket2….hihihi…

4) Pandai nak pegang botol dah…cewah…ni umi kadang2 malas nak pegang…paksa dia pegang…heheh… takdela…aku tak la zionis sgt…and pagi tadi aku baru dpt email pasal baby pegang botol ni… mak dia buat pemegang botol dari hanger…and tang balut botol tu dia buat dari stokin kalau tak silap…hehe…kreatif haa…pada aku ok ape…at least kita bole buat keje lain sambil dia minum tu instead of pegang je n duduk diam2…yela…moms have a lot of things to do at home….ade ke diorang tulis…kate pemalas punya mak… sukati dia la…anak dia… janji anak dia sihat and ok….yang orang lain risau apsal? jeles kot….expecially bg org2 yang tak kawin lg or belum ada anak lg…haha…

5) Jerit2 panjang2 kalau orang tak layan dia borak2…. kalau aku duduk kan kat atas riba aku, depan TV nanti dia gerak2 and lompat2 mcm naik kuda…tak benti2 (agaknya tak best kot, peha tak byk isi)…eh, tapi ada isi la jugak…. then tengok TV mcm nak telan jek…expecially iklan2 syampu and kalau ada gadis2 cantek….wa, tak kelip mata…( gatal dah anak aku nie)…kalau ada babak2 censored, aku pun lekas2 tutup mata dia….haha… mcm la dia tau….konon2 nak educate dari kecik la…macam bagus jek aku ni….

6) Dia ni tak de masalah makan ubat so far…alhamdulillah la….tapi nanti dahi berkerut…muke senget2 nak telan ubat…tapi still ok….still terkawal….

Oh, last week Harith kena cucuk… dua skali…kesian dia… utk 5 bulan punya…huhu…kesian dia…memula cucuk sekali, nangis kejap…then dah benti nangis balik..tapi kejap gak…lepas tu gelak kat doktor…( aku rase dia suke doktorla, sebab semua doktor dia layan…haha…terbalik dari aku)…. lepas tu biasela demam…weekendnye pulak selesema…pastu tido pun tak lena sangat sebab hidung tersumbat…aku kadang2 kalau kesian sgt sedut la hingus dia…abg rais yang rajin sedut actually…pastu dengan baba dia skali pun kena flu gak…hihi…dah kena kuarantin… takut jangkit dia balik…

So, minggu ni dah ok sket la… (aku rase sebab lama sgt kitorang kat gurney plaza hari tuh kot, kena air-con)…actually dia kena hari ahad….sebab mlm tu aku bantai bukak kipas 4…huh, mesti sebab benda ni jugak kot… sebab mlm tuh panas sgt2… tak tau pulak bahana aku ni dia kena selesema…huhu…sorry yea yang… pastu bila abg rais tanya soalan bertubi2 tak nak mengaku bukak kipas kuat2…. : )….hihihi….. okla..skang dah mengaku…. sowii…. saya yang bersalah…. : ( …

Oiitt…Mega Sales Month….

Wednesday, July 26th, 2006

Aku bukan ape…kalau boleh taknak la join Mega2 sale ni…ingat nak jadi budak baik la….taknak terlibat dengan benda2 Lagha nih..hihi.. tapi biase la pompuan kan nafsu ada manyak….so, Sabtu lepas aku pegi mana eh, oh still pegi Gurney Plaza….jalan2 setiap pelusuk tengok semua orang bawak beg GUESS…eh, awat nie? murah sgt ke sale kat sane? oleh kerana aku yang kena mendukung si kecik sebab hubby malas nak bawak keluar Stroller dia, so, nafsu aku untuk shopping pun tak dak….. kira memang baik betul la aku….. balik dengan tangan kosong…

Penat betol dukung Harith….aku masukkan dia dlm beg yang mcm beg sekolah kat depan tu…. tapi still tak larat….yelah, dah 8.2 kg dah si kenit tuh…mana tak nye… adui…kesian anak aku…. tak boleh nak tido elok2 sebab aku asyik tuko posisi jek….sebab tak larat…last2 bila dia nangis aku bawak pi duduk kat bangku yang ada….borak pulak dengan uncle dari Indon….wah, datang Malaysia kerana shopping! ni musti indon yang kaya la kot….hehe…pastu dia tengok aku mcm tak terurus jek buat susu sambil si kecik nangis, dia pun tolong la kocak kan botol Harith….bagi dia minum then tengok hubby dah keluar dengan beg plastik giller2 beso…

Eh? banyak pulak shopping? tak mention pun kat aku nak beli something? hmm… dia memang dari dulu sibuk nak dpt free gift beg tu, aku pun tak paham padahal kitorang dah ada banyak dah beg balik kampung…. yang free dari insurans…. hehe… kang kalau aku cakap kate bebel pulak so let go jek la…. then tak puas hati dengan orang2 yang lalu  lalang depan aku bwk beg GUESS… aku ajak hubby pi masuk…. si kecik baru sedap2 lena kejap dah kena jaga…kalau ada stroller tu selesa sket dia nak tido….

Masuk2 tengok harga kalau dah sale pun mahal gak…so, okla…tak jadi beli….so kitorang balik dengan tangan kosong..eh salah, aku yang balik dengan tangan kosong ler….busann nyer… malam ada jiran + collegue nak datang umah nak tengok AF4…then aku pun citer la banyak sale gitu gini kat dia…peghh…esok nya dia beli and memang giler shoppping la…. Hari isnin budak tu ajak aku pi Gurney balik sebab mcm tak puas hati lagi…aku pun excited la sebab dah dengar dia cerita mcm2…beli kat GUESS la… Esprit la…. Padini la… kasut Elle la…huh, best giller…

Memang dah lama aku tak shopping barang2 aku..selama ni barang2 anak jek… pastu, tanduk aku pun dah keluar sket…di tambah pulak tanduk budak tu ngan pakwe dia menggoda aku beli mcm2….huh, nasib baik ada beberapa yang mampu ku tepis…oh,lupe nak bgtau…diorang pi amek Harith kat umah babysitter dari ofis diorang then amek aku pulak kat ofis…sebab satu jalan….keta aku bagi kat hubby sebab keta hubby still dalam bengkel…hari tu keta dia tengggelam (ni exxaggerate)…langgar air bertakung sebab paip pecah on da way jemput bos dia pagi2 buta kol 5….eh aku rasa dah citer kot…hahahha….ape2 jek la…

Sambung balik, pastu budak tu siap sound make sure bawak stroller dia… memang sound yang patot diterima…sebab kalau tak memang penat nak mendukung dia all the time…. so, semasa kegilaan aku terhadap barang2 tu, pakwe dia la jadi babysitter jaga anak aku…kesian Harith…umi dah gile dengan shopping ni…dah lama aku menahan nye…cewah….tapi luckily dia memang good boy (pada aku la)…. senyap jek…mcm tau2 jek umi nak ‘ketenangan’…hehehe

SO cut short… aku beli sebijik jeans.. 2 t-shirt lengan pjg and 1 shirt…. okla.. puas la hati…diorang suro gak pegi beli kasut… tapi NASIB BAIK aku tak berkenan…huh, lega…. tapi mcm berkenan gak actually tapi takot dia tak suke orang pakai sama paten dgn dia…so, tak pela… n still dapat menahan dari beli jeans guess yang still mahal pada aku even dah diskaun pun (tapi lagi murah dari Levi’s la…eh,kira murah kan?sewel..)…hehehe…actually kalau ada yang elok aku beli…rase2 mcm tak menepati selera aku jek…so, forget it!…

Hari selasa budak tu call lagi kate dia asyik terbayang2 beg GUESS yang dia try hari tu…and ajak aku nak pegi tak lunch time ni…so, aku pun ok jek la…dia datang amek aku and sorang lagi budak (aku ni kawan ngan budak je ke) sebab dia nak beli cincin risik kat girlfriend dia kat Habib…. masuk lg kedai guess…. budak tu masuk ni dah 3 hari berturut2 masuk dah…nasib baik dia beli barang…ihiihih..tapi last2 setelah dipertimbang tak jadi pulak nak beli beg tu…

SO ,mcm tu jek la shopping mania yang melanda diri aku…buat masa ni…ingat nak pegi lg sabtu ni tapi ada pulak Food Fiesta kat Gurney Drive (mesti jem giller)+ my hubby kena keje daa…. sat n sun…so, jadi umi yang baik jek la..duduk kat umah…or maybe ada kot collegue abg rais yang nak dtg tumpang basuh baju…and budak jiran + collegue aku maybe datang tengok AF and maybe FIEZA nak datang or janji kat mana2 sabtu/ahad ni….berjumpe2 anak masing2….itu pun kalau dia free la….fieza… on ker?   

P/S: kalau korang perasan mesti pelik kenapa budak yang aku kata collegue aku datang amek aku? actually dia staff company aku but oursource kat customer…tu la sebabnye…Pokok

Saje jek letak gambo ni… pokok ni kat KLCC…mcm cantek…nak letak gambo tapi tak tau nak letak gambo ape…hehehe… : )

Yayayaya….

Thursday, July 20th, 2006

Pagi nie aku rehat sket..lagipun dah hari Jumaat…sepanjang minggu ni aku rase bz sket sebab kena incharge event yang nak diadakan kat company nie selang 2 minggu dari sekarang….sedar tak kenapa aku punya ayat kat atas mcm sadis/skema  sket…. sebabnya aku baru jek baca fotopages arwah Alesha…. aku rase mungkin ada orang yang dah baca kot fotopages nie…sedihnya aku…kenapa aku ni cepat nak sedih yek? ada tak pil nak kasi tak nak nangis? huh, susah la… aku berharap yang anak aku sentiasa sihat….harap2 dia akan terhindar dari sakit2 yang serius….Alesha ni comel betul….tapi takdir dah tersurat yang dia terpaksa menghadap Ilahi pada usia semuda dia…ok la….pendek2 jek la…nanti kang berjuraian pulak aku kat ofis ni…. aku ni susah sket la…Itu baru aku, kalau mak dia lagi la…huh, tak dapat aku bayangkan…kuatnya mak dia bercerita tiap2 hari pasal anak dia kat fotopages…..

Kadang2 kalau orang call cite pasal masalah dia,aku pun mcm nak nangis….kalau orang tu nangis, aku pun skali la…hahaha….hish…. tu yang aku tak suke tengok cite hindustan sebab memang konfirm akan nangis punya… even kalau aku tengok cite tu separuh jalan pun still perlukan tisu gak….hahaha…. so, baik jauhkan dari tengok cite2 yang akan menghabiskan air mata aku…. bole ke kate aku ni berhati lembut? hahahah… adakah? hmmm… ntah le… yang penting aku memang susah nak control emosi nangis aku nie…. ada petua tak? sesape?

Hmm…. Jumaat last week mase aku bercuti di JB aku dapat call dari budak ofis menasihat kan aku suro terima offer jadi permanent kat company ni…hmm… sebab hari sebelumnya aku dah tolak tawaran tu…sebab aku tolak bila aku dengar aku kena keja dlm dept sales…. then, lepas dia cerita and terangkan semua…aku kata aku nak fikirkan dulu….n nak call boss aku and akan bg keputusan b4 end off office hour jumaat tu… so, time tu aku sibuk pi jalan2 ngan abg rais…. then call boss tak dpt2 sebab dia pegi meeting la….takde kat tempatla…then… lepas tu aku ingat nak bgtau la yang aku taknak terima… tapi kawan aku ni bole pi conference kan dengan orang yang aku nak kena ganti…. bila dia cite nampak mcm ok…. tapi aku memang dah happy ngan post skang ni….keje yang selama ini aku idamkan walaupun kontrak…aku tak kesah….aku ada plan tersendiri….

Lepas dah dengar mcm ok2 tu aku pun terimala offer tu…. ni dah dipendekkan cite la ni… malas nak cite pjg2…takde mood sgt actually…. tapi kan lepas jek aku hang up aku terus rase mcm tak happy…. so, percutian aku di kampung actually diganggu oleh benda ni sebab aku asyik terfikir jek pasal benda nie… aku memang tak kesah pasal environment baru…. tapi nak melepaskan keje aku skang ni yang buatkan aku berat hati sgt2… bukan senang aku nak masuk HR….ni dah dpt suke2 nak pi tukar dept lain…. huh, memang susah.. even kalau aku nak buat2 tak nak pikir pun aku still akan fikirkan benda ni…mase tengah mkn ABC…huhu…mase tgh makan sotong bakar….huhu…geram btol la…tak dpt nak menghayati pemakanan best aku sebetol2nya…

So hari isnin tu aku balik ofis dengan harapan utk menolak la offer diorang tu…dan semua orang kat opis ni pun tanya kenapa tak nak terima offer yang mungkin sekali seumor hidup…aku just cakap aku nak explore bidang aku skang ni… pada aku kita kena happy and suke dengan keje kita… mcm dulu aku pun permanent gak kat ofis lama, company pun beso tapi hampeh… tak happy langsung… gaji pun dia bagi tinggi tapi gile2 bosan la…. memang tak bermakne aku keje kat situ selama setahun…membazir jek…skang ni aku nak kutip pengalaman keje yang aku ada sekarang…tu jek plan aku..selanjutnye tak bole la cite…kang tak jadi malu la pulak… one at a time…hihihi….

Then, hari isnin tu jugak boss tak official aku panggil aku n tanya, sebab depa akan selalu offer kat staff dulu, but if staff tak berminat barula depa pi source luar… semua orang kate aku bodoh…yeke? hmmm xpela…biar bodoh skang dari kena bodoh kemudian hari…hahah…oh, yang aku tensi sket…boss official aku kat KL sket pun tak tanya aku…sebab dia yang suro org sales tu tanya aku…tapi yang sedihnya lagi, bos sales Penang pun bole tak kenal aku yang glamer ini…. hahaha…. sedih tak? hahaha… yang dia selalu sengih kat aku n borak beberapa ayat kat dlm surau tu ape? huh, merepek jek….tu nanti pasal bos sale ni aku cite lain kali…kalau aku ingat….

Oh, did I mention I met Megat mase hantar adik balik Tangkak? hehehe…..terperanjat gak aku…megat dah berisi sket…dia pi hantar girlfriend dia balik Uitm… aku mintak no hp dia… sebab no yang Zul bagi tak betul…. then, borak sket2…. pastu balik…. pastu mlm selase lepas abg rais kate aku mengigau sebut nama Megat….hahahaha… aku pun tak tau la betol ke or dia just nak kacau aku….adui, sabo jek la…aku tak ingat pun aku mimpi megat…hihihi…. tapi for sure aku memang selalu mengigau…. dulu, adik kate aku cakap ‘takpela, biarla kaklong kawin dengan dia’…hahaha…. yang aku ingat time tu aku mimpi Johnny Depp…hihihihi……suke nye…

JB is still da bomb…..ahaks….

Monday, July 17th, 2006

Weekend

Paling best sebab weekend aku kali ni dekat JB…yeah yeah… jumaat pegi jalan kat Jusco Tmn U..then mlm tengok wayang…tak sampai movie marathon la sebab tgk 2 wayang jek…bertiga dengan adik…. 8.30pm Superman….11.30pm Pirates of The Carribbean….Lepas habis superman kitorang nak keluar ikot pintu belakang je sebab senang terus masuk house lain…. tapi steward suro gak kitorang keluar ikot pintu bawah…kalau ikot bawah ntah sampai mana2 nanti… aku pun cakap dengan steward tu yang kitorang nak tengok wayang seterusnya,then bagi our ticket…. barula dia percaya….pastu kitorang terus lari masuk house lain…best best….

Sampai umah pukul 3 pagi…. esok bangun lewat…mcm tak de anak jek aku ni…nasib baik mama ada… dia la yang tido ngan Harith setiap malam….ada orang la nak melayan si kecik aku ni… aku pun bole lah rehat sket… Sabtu tu lunch kat Wisma sebab aku crave for the ABC coklat baik punye…. tempat lain susah nak dpt ABC yang letak koko….bukan gule merah eh…lain, jb jek yang aku jumpe…. makan nasi goreng lada hitam…time tu Harith tido di pangkuan nekda nye… pas best2 makan pi jalan2 kejap kat Metrojaya Pelangi Mall (orang jb tetap suke panggil Kerrys sebab dah melekat nama tu)….malam lagi best makan ikan bakar kat Dataran…tip top ikan bakar… ada otak2 bakar, sotong bakar…huh, nak balik lagi la mcm ni….makan dgn nasi ayam goreng…. best2!! pastu pi Kip Mart depan umah kejap then balik n ingat nak tunggu Gilmore Girls…sekali tak de pun…peh, bengang giler aku!! tertipu… last week ada….tapi tak sempat tengok sebab penat balik Picnic… lupe….

Hari Ahad….dah nak balik….memule ingat flight pukul 10 lebih2…rupenya pukul 7.20pm…. kelam kabut sket….dengan nak angkat baju si kecik yang mama aku basuh (aku memang rilek giler balik JB) kesian mama….hehehe…. sebelum tuh Piah datang lawat Harith…. bawak teddy bear yang teramat beso utk dia…. lagi beso dari anak aku!!! and one more for me….yang comei sket… thanx Piah!!! dia lunch kat umah aku…lepak2 then balik nak kena hantar ayah dia pegi KL… and nak tau…. kat Johor the only place yang ada Famous Amos is kat Airport Senai…itu pun baru tahun ni jek bukak…..bengang tak? sampai Jb aku beli…nak balik pun aku beli…yela dah depan mata….beli jek la….

Superman

Best la jugak… hero dia memang superman-look-alike…. sebijik…. tapi yang skang ni mcm lagi best….sebab lagi hensem….hhehehe… tapi rambut dia tetap ada secotet bengkok tu…hihihi…. per sepuluh aku bagi 6..geram sebab girlfren Orlando Bloom berlakun kat sini…cantek pulak dia…. tak puas hati ni…jeles…haha

Pirates..

Kali ni punya aku rase mcm banyak cakap….dah la aku tak paham…. penat pikir, eh sape dia ni… kenapa dia mcm ni…kenapa bapak dia mcm ni? eh, kompius la… xpela…. nanti nak tengok 1st one balik then sambung 2nd one…padahal aku dah byk kali gak la tgk yang 1st tapi still lupe gak… Johnny Depp tetap cun and poyo and comel gak tapi aku tetap minat OB…hehe….oh, per 10 aku bagi 8 kot sebab ‘abg’ aku jek ada….har har….

Balik wayang kitorang jalan jauh nak pegi keta…. bole dia takde pintu keluar kat sebelah sana punya parking (or maybe kitorang tak tau)… kat Jusco Tebrau… huh, penat siot jalan…tu yang sampai pukul 3 pg tu…jalan jek dah nak dkt setgh jam…sungguh tak wayang midnite-friendly btol la…tensi…so far yang paling aku suke tengok wayang sejak aku student sampai keje is OU….memang best….tapi sejak dah ada new wing and orang dah start ramai and TGV dia pun dah renovate…makin ramai….penat nak beratur ….a bit boring lor…. tapi still ok…

Babysitter

Dah la hari Jumaat aku cuti then dia mintak Isnin pulak nak cuti gak…alasan nak hanto ank pi masuk keje….ntah, malas aku nak layan…. so, semalam harith duduk dengan collegue Rais….2 org, diorang yang jaga… thanx Dina and Shima!! so pagi tadi hubby lepas hantar bg mesej kat aku kate ketuk pintu banyak2 kali baru nak bukak…alasan lagi…terlena….huh, sampai abg rais kata nak Fired….nak jadi Donald Trump ke…har har…. aku suro dia cari org lain kalau ada… then if ok bole jek tuko org lain….

Hari ni aku bawak bekal sebab budak2 yang jaga Harith semalam masak udang masak merah,then ayam goreng…and nasi goreng…semalam makan tambah2 pun tak habis gak….so, bwk bekal jek la…best pulak diorang masak…kenapa kalau aku masak mcm tak sedap jek….adakah aku pemalas ke or memang tak pandai masak… tapi kalau abg rais makan dia sure kate sedap punye…adakah sebab nak jaga hati or memang sedap? mcm bkn yg ke2 jek…hehe..ape2 jek la…yang penting aku kalau orang lain masak semua orang even tak sedap pun aku akan rase mcm sedap…kalau dulu pun sama….air milo sendiri aku tak akan minum, tak sedap langsung…kalau mama buat or org lain buat baru aku minum…sanggup minum air kosong jek…actually aku pun tak berapa sgt2 air2 panas nie…. hehe..

Tu jek la… Ogos nie patot nya mak nak datang..tapi cousin abg rais pulak nak kawin…so, postponed…. tapi adik pun kate nak datang…and maybe mama pun…yes la…lagi asha pun kate nak singgah umah…yes la…meriah la aku bulan depan…. tak la boring sgt….

ooooooo……

Tuesday, July 11th, 2006

Weekend ada Picnic O Mania dari staf2 ofis aku….. aku bawak gak my son walaupun Rais keje…. then semua orang sibuk tanya mana ur husband? public holiday takkan keje? Saturday was Hari Keputeraan Yang DIpertua Penang…. Aku balas….hello, paper on weekend and public holiday keluar tak? kalau orang paper cuti, takdela orang nak baca paper weekend or on public holiday….

But that event was something to remember….ok la…. walaupun makanan byk yang lebih (sebab diorang suke membazir)…hahah…. so, tapau la yang mana bole nak dibawak balik…. imagine, yang datang cume 40 org tapi order bihun for 50 org n nasi goreng for 50 people….huh, mana tak membazir…then belum makanan lain lagi…bbq lamb, chicken, popia, jelly, keropok, corn, karipapnasi impit….hmm…duit kelab pun langsai…memang habis…. nasib engkorangla sebab lepas ni aku dah nak ‘resign’….peace!!!….

Cite pasal picnic tu… aku bila Harith tido aku pun join main - musical chair….teruk siot aku kena tepung,sakit giler masuk mata…. then main baling2 belon…n sambut….tibe kat aku pulak belon tu pecah….basah lokos seluar aku!! Aku byk spend time ngan sape ek? hahah aku pun tak tau…maybe ngan anak aku kot….kejap2 tengok eh dah hilang si kecik ni…skali tengok orang lain dukung dia…xpela dia tak meragam…orang pun suke…. aku tak bole la nak bbq sebab nak jaga anak aku and buat benda2 lain yang patot… huh,penat…balik mlm tu kawan rais datang umah…hmmm aku cadangkan pi tengok wayang memandangkan ada orang nak jaga Harith…huh, first time keluar meninggalkan anak kat orang selain babysitter and mama/mak…rase mcm teruk betul aku ni…. mcm gile enjoy pulak…tak sedar diri dah ada anak?

Hehehe…sampai sana syok la…rasa mcm couple2 dulu pulak…. pi jalan2… berdua…tengok midnite which is our kegemaran mase bercinta dulu….tapi Superman pukul 12.30 am pulak…aku dah la penat balik picnic…then nanti mlm hubby nak tgk world cup…esok pulak dia nak keje….mase tu baru jek 10.50pm… huh, lambat lg… then kitorang pun tak jadi tengok…balik pi beli slurpee kat seven11 kat bandar….

Masa rais baru jek benti keta nak keluar, aku dengar pintu belakang keta dibukak…darah dah berderau dah…. aku dah pikir mcm2…. yelah…depan tempat kitorang parking tu ada panggung wayang india…ramai la macha2 yang lepak situ…aku taknak tengok belakang…takot!! tapi aku gagahkan jugak tengok…takut jek kalau2 ada orang hulur pisau ke hape ke…huh, jauhkanla…SEKALI…nyonya la…. dia ingat tu keta anak dia…huh, lega bebs… sebab mlm2 kan..dia pun tak nampak…dia kate keta laki aku sama mcm keta anak dia….takpela…yang penting semua selamat dah le….eeeiii…. lepas tu aku suro Rais kunci keta…memang pun selama ni kitorang kunci…tapi sebab dia nak keluar beli slurpee kejap…dia bukak la lock tu….nyonya tu konfiden jek bukak pintu…nasib baik tak duduk terus sebab kitorang mcm eh auntie?…eh… then dia say sorry….

Yang best nya aku nak balik JB esok…yea yea…dah lame tak balik (tipula tu) ….last skali is lepas pantang la…tapi bagi orang yang selalu balik mcm aku ni….kira lama la tu…eeeiii tak sabo nye…. baju aku tak payah bawak sebab baju aku ada kat umah tu lg…baju jalan pinjam baju adik je yang berlambak…bior aku yang rasmikan baju2 yang dia tak pernah pakai tu….hahha… aku suke…ada dia suro jemput dia kat Tangkak…. siap promote tangkak mcm ginila… eh, sejak bila pulak Adik jadi Duta Tangkak ni… so, dah planned… Jumaat punye malam pi tengok Superman and Pirate of the Carribbean…nak wat movie marathon…. yes lah!

Nak ajak Mel tapi dia ada kelas pulak on saturday sebab dia buat PJJ kat Segamat…tu la dulu taknak belajo…skang jd la student balik….ihiks… so, kitorang pi ber3 jek la..

Minggu lepas risau giler….kenapa tak datang2 nie?…. adakah? adakah? owh, aku dah terbayang2 figure aku pregnant…. baru nak dpt balik figure, dah kembong balik…pulak lepas tu kawan aku yang baru kawin sibuk tanya jugak sebab dia punya pun lewat…. heh, kalau lewat tu for sure la ’selamat’ kalau baru2 kawin…. heh heh… tapi ikot orang gak… tahap kesuburan bak kata Fiza….then nasib baik petang2 mase aku pose tu pulak dia ‘mendatangkan’ diri…. huh, ok….

Ape lagi nak cerita…owh….diorang bagi email appreciation kat member club.. tapi nama aku tak include….huh, aku tak membantu ke hari tu?…aku rase even my son ada tapi aku still tolong2 yang mana patot…hmm… for me its a good opportunity because aku bole la bagi alasan kate nama tak include for appreciation and bila panggil meeting baru nak ingat ke? heleh, mcm bagus jek… bosan giler aku… bukan nye aku nak ape2 penghargaan pun tapi paham2 jekla… nanti org lain confuse pulak…dah la diorang cc kat bos aku kat KL…. nanti mesti dia pelik kenapa nama aku takde pulak(hahaha…ada mase ke dia nak pikir benda2 mcm ni)hehehe…. takpela….yang penting meeting lain kali aku taknak pegi dah….yes lah!!

AKu baru bawak speaker kat ofis ni…so sambil tengok2 gambo kat picnic tu aku pun dengar2 la lagu2 menarik ni…. mata mengantok giler. tak tau la kenape minggu ni mcm tu….maybe sebab hujan kot…. or memang dah takde mood nak keje sebab nak cuti jumaat ni….hua, punya la lama efek dia….and maybe minggu depan pun terefek gak….hahaha….

Live And Enjoy The Moment….

Monday, July 10th, 2006

Aku tertarik dengan beberapa quote yang kawan aku forward kan …..

Happiness is a voyage, not destination….There is no better time to be happy than….NOW!! Live and enjoy the moment….

Yelah…kite selalu kate oh,lepas exam nak enjoyla…..or lepas siap satu keje ni barula bole rase lega and bole hidup dengan tenang….tapi selalunya kalau ada satu keje tu, nanti2 ada lagi lain keje yang dtg yang membuat kan kita tunda apa yang nak kita buat…. mcm lepas carik keje baru,then baru nak berusaha and buat betul….kenapa tak buat betul2 kat kerja yang sekarang ni…. ntah la…actually, aku tak reti la nak elaborate benda ni….tapi yang aku paham mcm tu la…. sebab kita selalu rasa nak enjoy lepas buat sesuatu…..tapi qoute tu kate why dont we enjoy semasa kita buat sesuatu sebab itula hidup!! Semua ape yang kita lalui itula yang menambahkan manis masin kehidupan ini….so, selagi bole… seize the day…

Lagi satu ayat yang buat aku terpikir is …..

Think and try to answer these question…

1) Name 5 richest people in the world

2) Name last 5 Miss Universe

3) Name last 10 Nobel Proze winners

4) Name last 10 winner of the Best Actor Oscar

Can’t do it? rather difficult? Isn’t it? Applause dies away! Trophies gather dust! Winners are soon forgotten! Now answer pulak these question….

1) Name 3 teachers who contributed to your education

2) Name 3 friends who helped you in your hour at need

3) Think of a few people who made you feel special

4) Name 5 people that you like to spend time with….

Must be easier to recall rite? hmm… we will remember people who is dear and close to us…. thats mean, people who have an impact on us… that sometimes can change our lifes by giving advices, even just say hello, call us or maybe get mad at us for a good reason…. these are all people who we will remember for the rest of our life…. So cherish all the moment you are with them…. value them…appreciate what they did to you because some….or maybe one day…. you will need these people to be at your side…. to comfort you…. or maybe to tuck you at nite…..hahahah….

Lepas ni aku nak enjoy moment aku kena marah dengan bos…bos marah senyum jek…hahah….then, enjoy jatuh longkang ke? enjoy demam?huh, jauhkanla dari sakit ya Allah….ape lagi…enjoy… ape2 la… yang mana patot…..uhuks….

Bebelan ku lagi…..

Wednesday, July 5th, 2006

Hari ni takde topik menarik nak diceritakan….actually selama ni pun xde la menarik sgt topik2 yang aku bincangkan….hahahaha…..

Tapi yang penting aku dah sorok sudu n garfu aku!yes!… nak tau…lepas makan, dia pulak yang sorok brg aku tuh…..hello…. ko ingat ko yang punye ke? dahle muke tebal guna barang orang without permission…pastu sorokkan pulak!!! Puas aku carik mana pi nye sudu aku tu….nasib baik jumpe….hahahaha…..aku jerit kang… or maybe dia perasan ingat dia punye kot?…… malas nak layan dah….

Hei, aku dpat email untuk meeting lg….final discussion before the Picnic…hello, nak citer ape lg…korang kalau nak membebel main2 cite tak serius baik aku balik umah…. I’m thinking of some excuses ni….nak cakap ape ek? hmmm…. itu lain cite…I still have about 9 more hours to go!!…. hope can come out with something…. Aku baca email panjang lebar dr my ex-collegue…. serius panjang beb…. selamat menjadi orang Seremban….nanti dah susah la nak pi IKEA mcm aku….tp ko bole lg…. hehehe…. aku sure akan datang umah ko, dun worry….sebab auntie aku pun duduk taman yang sama…. tunggguuuuuu……

Hari ni aku pose…tinggal la lagi 3 hari kalau aku habis pose hari ni….. semalam pi Tesco…beli barang nak buat agar2 tula…. dulu adela orang tu nak pi sama2 ngan aku…pastu tibe2 dia kate dia dah pi dengan kawan2 lain….hmmm, ok…. then dia kate dia nak pergi picnic tu dengan aku…pastu pulak dia mengoffer orang tumpang keta boyfren dia…..hmm, malas la nak layan… lantak ko la…. dasar epok2 betul….lepas tu kalau tak jadi bukannye nak cakap ke hape… nak say sorry sebab tak pi shopping brg sama2 ke or sebab kita nak naik ngan pakwe ke….. hmmm… dah lepas ni aku kena pi sorang2 tempat terpencil tu dengan anak aku…..Rais keje…. memang aku balik awal la gamak nye…. nasib la….pastu aku nak hantar ‘resign’ letter to committee…. cewah….

Semua orang siap order…hey, buat agar2 mcm ni la….eh, letak la susu or santan or buat la puding ke…. eh, buat agar2 pelangi eh…yang sorang taknak, buat agar2 buah la….hello…. bagi RM10 jek nak expect ape? aku buat jek la ikot budget…. banyak citer lak….ko nak makan, makan… taknak sudah…..

Yang babysitter aku ni pun satu…. nak mintak cuti hari Isnin 17 hb…. dah la aku cuti Jumaat tu sebab aku nak balik Jb… takkan la nak cuti sampai Isnin…aku pun nak gak simpan cuti utk raya nanti…. pening kepala nak pikir mana nak letak anak aku…nasib baik kawan Rais ada….yang ikot kitorang pi Perak tu….diorang mcm keje freelance…so, bole pilih cuti….diorang tu aku percaya bole jaga dengan ikhlas hati sebab diorang memang baik… yang sorang lagi offer nak jaga, aku tak percaya la…nanti2 cakap belakang kate susah nak pi jalan la hape la kan, sebab dia ni memang suke ‘bercerita’ kat orang…. bayangkan….orang yang dia rapat pun dia bercerita…aku ape tah lagi…

Yang kawan Rais lagi sorang tu pulak aku memang tak gemar….nasib baik Rais pun tak gemar ngan dia sebab dia dah buat taik dengan laki aku….so, okla…. korang nak buat ape kat umah aku tu buat la….janji anak aku ok…. thanx yea!! oppsss…belum jaga lg…mana tau diorang kena pi keje pulak kan….simpan la dulu thanx nie….hehehehe…..

Sebelum aku berhenti menaip, terima kasih la kepada sesapa yang gemar membaca bebelan aku nie…cewah sebab kawan aku terus jek call aku lepas dia baca blog aku…. aku ingat takde orang nak baca….cewah….maknenye bebelan aku diterima la…..hahaha…macam bagus jek…pigi daaa Norli…..perasan… Thanx to all my friends for being there when I need you the most….You know who you are….

Hari Gerammmm!!!!!!!

Tuesday, July 4th, 2006

Pagi-pagi lagi dah buat aku hilang mood la…. memula dengan kereta yang potong barisan….bukannya panjang pun Q… pi jek la beratur elok2 kan….nie nak jugak menyempit sebelah aku….susah btol aku nak tengok keta yang datang….hish, geram betul…. baru bawak kelisa dah nak mengada-ngada….belum bawak keta mahal2 lagi…. aku lepas tu punya geram aku tekan minyak vrooommmm terus depan dia…. terkencit pun!!.. ingat kan nak lawan tadi!! ih, bengang tol!! sampai collegue aku pun heran kenapa aku buat mcm tu…. aku just cakap aku bengang…. aku tak kesah kalau banyak keta beratur, okla….bole diterima…ini… cume ada 2,3 bijik jek blakang aku…. belajar la beratur beb (isk, mcm la aku tak buat)…. hahaha….

Kalau dulu mase bawak keta lama kat U aku memang tak bagi muke orang nak masuk. ko masuk belakang bole, depan…sorry beb!!! … keta aku kalau nak langgar pun aku tak kesah…. pastu, bile dia dah masuk belakang aku, aku saja drive slow2 sampai gap dengan keta depan aku sgt2 la jauh….haaa, baru padan muke…. terhon2….pedulik hape aku!!! ko kenala duduk belakang aku ontok2 ….hahaha….suke2 …. pada aku kalau nak buat bior la ada style or occasion….hahaha….mcm event ape lak…. kalau jalan tu memang gile2 jem…. okla, nak buat mcm mana kan?(ha, pulak)…. yang aku pelik, kalau dia potong nak orang bagi….lepas tu, kalau orang nak potong dia time tu,haram jadah tak bagi pulak….oooo baru tau perasaan orang mcm tuh…..hahaha

Lepas sampai ofis aku makan,hari ni dah bosan nak makan nasi lemak or bihun…so, aku beli karipap beso jek…singgit satu…. kenyang la gak even aku tau aku akan lapo gak dlm kol 10 nanti….xpe…ada biskut…. then, aku tengok mcm familiar jek sudu ngan garfu yang sorang budak tu pakai….mcm aku punye jek….eh, aku tak kesah nak gune….bg tau bole? … kalau tak bgtau pon aku tak kesah tapi dia nie jenis yang tak berapa suke aku sgt…. yela, kita tau la kalau org tu suke kt ke tak dr gerak gaya dia…. pastu…cantek2 jek gune lak sudu n garfu orang!!! tak puas hati aku p kat kabinet tengok betol ke sudu aku yang dia gune tu….sah!! memang aku punye….ahak ahak, lain kali aku nak sorok kan… tak kira!!ko, kalau buat baik ngan aku takpela….ni buat taik lepas tu nak pakai barang aku…sorry beb…salah orang la…. hahah…

Bukan ape…ada sekali aku pernah nampak dia buat muke belakang aku…aku tak tau dengan sape….tapi mcm aku…lepas aku datang, dia buat muke ok balik…. then hari tuh bila aku dtg tempat dia takde nak offer makanan pun (bukan aku nak, tp berbudi bahasa la sket kan)…. aku dengar mamak memang mcm nie la….lokek sket…ntah le… then semalam bile aku ambik duit dari dia sebab aku incharge buat agar2…nak beli agar2 and benda2 sewaktu dengan dia…. dia just bagi kertas n suro sign, then buat2 bz berborak dengan orang lain….. aku tanya buat2 tak dengar…. selalu aku kena mcm tuh, kalau cakap ngan dia mcm ckp ngan tiang….so, skang nie…no more miss nice Norli for you!!! you want the real grunge Norli? ok, we’ll see…

Haa…. lepas aku sign aku pun blah la… then aku dengar dia mcm hembus nafas kuat2 then terus tutup buku yang aku sign tadi….so, marah dengan sape? takkan dengan buku kot…aku pun tak paham la dia tu….lepas picnic ni sah aku nak resign dari ahli kelab tu!!! buat penat pikir jek…aku pun tak menyumbang byk pun…banyak lg minah2 yang bujang yang bole masuk….so, ok la…dah penat luah perasaan…. hope jantung aku ok la….kesian jantung aku, sebab tuan dia tak amalkan cara hidup sihat…. aku cuba nak berbaik ngan semua orang tapi dia taknak…. aku nak buat mcm mane…. orang mcm tu tak rugi tak buat kawan pun…. lepas ni aku ada mission…. nak sorokkan sudu n garfu aku…..padan la selalu hilang, rupenye ada orang lain yang pakai…..

Oh hari tu pun ada satu cite bengang….. boss aku kat Penang suro aku mintak nama aku dimasukkan dalam group penang, group dia n group dept dia walaupun boss aku kat kl tu dept lain…..so, mcm aku duduk dlm 2 dept la mcm tu…. then orang IS nie call tanya kenapa nak nama nak masuk dalam group dept tu….aku memula cakap la elok2 …sebab nak mintak tolong kan…. then dia tanya lagi dengan nada sinis….yelah, kenapa nak nama awak masuk pulak….laaa…. dah bos aku yang suro… ko buat jek la…. bukan susah pun…. bukannye aku nak hack sampai tak bole nak buat keje ke hape…. then tanya lagi….lepas tuuu aku bengang aku pun tertinggi kan suara n cakap…. okla, kalau taknak buat then tak payah….bukan susah pun!!! haa, baru tau…. pastu, tau pulak nak buat tu…laa…ko ikot jekla… takot sgt… memangla nak amik langkah berhati2….tapi tanya sekali dah le…. kalau boss aku tak suro include, aku pun tak hingin nak include la!!!! hahahaha…..

Jalan-Jalan Hujung Minggu……

Monday, July 3rd, 2006

Hari ni beberapa orang ahli kelab picnic tu nak bungkus Hamper hadiah….diorang ajak aku….dlm otak aku dah terbayang Harith je…aku tak tau la nak kate ape… susahla…orang yang takde anak maybe tak paham la…kalau dulu mase takde anak memang aku bole nak stay…tp skang ni aku rasa memang berat hati sgt2…aku ingat lepas Picnic tu aku nak berundur la dari kelab tu…susah la…aku ada meluahkan masalah aku ni kat akak sorang tu,akak tu pun paham sebab dia pun sama2 ada anak kecik…ntahla kan…

Harith sekarang ni bole lah aku kata nakal sebab dia asyik nak main jek…huh, kalau kat umah akak tu bole la sebab ramai orang…nanti kalau balik umah umi dia jek ada, mcm mane nak layan dia selalu…umi pun byk keje jugak…. penat dah nak melayan dia…hehe…tapi aku tetap happy tengok muke nakal dia tu…setiap kali dia tido, setiap kali tu la aku akan tergelak sorang2 tengok muke dia yang nakal tu….hmmm…memang rindu dia sgt2….mcm ni la agaknye perasaan semua ibu2… bos aku pun paham, kalau ada interview lepas office hour, dia akan suro aku balik dulu punya…bior dia yang handle interview tu…. yela, dia pun ada anak gak kan….hmmm…

Hari Ahad tu kitorang pegi Tg Rambutan, Pundi kawin…. kawan Rais 2 orang follow la….konon2 Rais nak match kan sorang budak pompuan ni dengan kawan dia yang akan datang kat wedding tu…skali tak dtg lak mamat tu…kawan2 keje dia ni memang orang Perak. so senang la sket… aku pun kureng penat sket sebab ada orang nak gilir2 jaga Harith… bertolak pukul 11.30 am…sampai 2 jam lepas tu…then, nak tunggu kawan punya pasal, pi la lepak umah salah sorang collegue Rais (Dina) ni…. makan lagi….tadi dah sarapan dah nasi goreng kat umah aku….

Mak Dina ni pernah jaga baby…adik dia yang Form1 tu suke betul main dengan anak aku….dia la yang melayan, dukung sambil tengok tv… aku tengok dia tak kekok pon…memang dah biase betul dengan budak la…bagus….bila nak balik dia suro Hairth tinggal….mana boleeehhh…salah satu sebab aku pakaikan baju German kat Harith sebab nak tunjuk kat kawan Rais la…skali tak datang & tak sempat jumpe..hampeh btol….

Pastu dalam pukul 2.30 or 3 kitorang pegi la umah Pundi…huhuh,nasib baik dah tak ramai orang…makan lagi….lepas tunggu sampai pukul 4pm…kawan dia tak muncul2 gak…. berangkat la pi Kuala (baru aku tau Kuala tu rupenya Kuala Kangsar)…sebab nak beli labu sayong…dalam perjalanan beli derian….huh, syoknye…shima (college rais) pulak kenal dengan pokcik jual derian tu…dapatla 7 bijik RM25…best best!!…then sampai la kat mana, aku pun dah tak ingat…tapi bazaar tu dekat dengan sungai Perak… best!! sebijik labu yang tinggi dlm 2 jengkal dpt RM8…haha..murah x?sebab tu kedai makcik sedara Shima…memang best….mcm nak beli jek byk2 barang kat situ!!! lain kali memang kena ajak Shima lagik nie… hmmm….

Dah habis bershopping and penat berjalan pegi makan laksa pulak, Shima tu belanja… makan lagi dan lagi..ape nak jadi ngan aku nie…lepas tu solat jap kat masjid glamer la jugak dekat2 situ… pi tour kat bandar Kuala, pi tengok Istana… lepas tu barula balik setelah amek gambo kat depan masjid… hmm… tak sia2 la berjalan hari tu…memang berkualiti!!!

Balik sampai pukul 9 sebab Jambatan jem giller!!! kerana sebijik keta  terbakar yang dah lama yang tak diangkut, jem sampai sejam lebih…kalau aku Supergirl dah lama aku angkat keta tu baling kat laut….Ingat dah banyak makan, nak terusla makan derian mlm tuh..aku sempat la pulun sebijik setgh…huh, pastu dengan jayanya aku tercirit birit pukul 3 pagi…hahaha padan muke…. Rais tengah tengok bola…. Dia suro pi makan sup and masak nuget utk dia skali…dah mcm sahur la pulak… makan sampai pukul 4 lebih then tido balik…pagi memulas lagi….rupenya Rais pun cirit gak le….lagi teruk, 8 kali!!! ntah ape la yang kitorang makan….jgn bdk2 tu cirit sama sudah… diorang kata nak tengok bola kat umah kitorang…last2 tak jadi pulak….sebab ada hal….hmm… penat agaknye….

Hari Ahad aku memang jadi budak baik, duduk umah.. tak keluar langsung pun!!! bagus tak? lauk kat umah takde tapi Rais sakit perut, so dia pun tak larat nak keluar….tengah hari makan nasi dengan telur kicap plus serunding…. then malam makan spagetti…pastu, beras pulak gile2 licin…. ntah bila nak keluar beli groceries ntah….Rais ajak keluar dlm pukul 6 tu, aku lak malas sebab  keje byk tergendala nanti…aku dah set time….pukul 9 kena pegang seterika…. dah la time tu belum basuh baju Harith lagi and sidai n lipat kain… nanti lari jadual aku… so, semua duduk umah…Rais turun pi buang sampah (derian yang aku makan!!)je.. time aku lari sebab melayan si kenit yang manja betol skang nie…hiii… makin nak perhatian la si kecik tu….

Akak tu pun perasan…aku memang dari dulu dah perasan….Harith kalau tido nanti kejap2 dia bukak mata sket tengok ada orang tak kat tepi2…kalau takde…dia nangis…kalau ada…dia ok….tutup mata tido balik…so, kadang2 utk mengaburi mata and telinga dia, kitorang pasang tv…so, mcm konon2 ada orang la…hihihi…anak aku nie penakut mcm aku jugak ke?…habis la…. huh, skang ni tido dia je yang conquer katil…dah la kitorang tido melintang, kaki terkeluar…pastu dia punya lasak…habis separuh katil dia yang punya…senget betol tido… last2 kitorang yang kepanasan….kalau betulkan nanti mesti senget balik….hiii tak sabo nak tunggu dia beso sket….