Tahniah dan Takziah…
Wednesday, March 22nd, 2006Masa aku pregnant aku selalu memikirkan betapa kerdilnya aku nie…. betapa bijaksananya Allah dengan mencipta manusia bermula dari sezarah hingga menjadi manusia yang lengkap…. dulu aku tak terfikir pun pasal bagaimana kejadian aku ke dunia ini hinggalah sejak aku pregnant….eh, aku ulang ayat ke….. hmmm oklah…
Tahniah dan Takziah
Seorang bapa saudara hubby mengucapkan ayat ini kepadanya….. tahniah kerana mendapat baby dan takziah pula kerana hubby baru saja kehilangan ayahnya…. ya, pulangnya apak ke rahmahtullah merupakan satu kejutan untuk semua orang!! hubby call aku pagi Jumaat tanya khabar Fiq then dia khabarkan berita sedih itu… dia tenang aje…. aku pulak yang terperanjat… memang betul2 tak sangka… bapa mertua aku tu aktif orangnya.. baru 64 tahun…
Dan dia baru je seminggu mula keje as cikgu english kat satu sekolah swasta kat kedah… mungkin nak mengisi masa terluang dia ambil kerja tu and weekend pertama dia sempat lawat abg rais kat penang…. hubby sempat bawak dia jalan2 kat batu feringgi and plaza gurney…. and lebih kurang seminggu lepas birthday dia, dia pergi mengadap Ilahi dengan cara yang paling senang sekali - dalam tidur.
9mac, khamis dia sempat drive sorang2 dari kedah ke seremban, balik bercuti sempena cuti sekolah seminggu…bertolak pukul 8 malam dan sampai seremban pukul 1 pagi….hubby pun nak balik Jb tapi nak singgah seremban dulu ambik kereta tapi tak boleh nak call arwah sebab arwah takde handphone..so,hubby naik bus malam tu pukul 11mlm…. and call rumah paroi suruh orang ambik dia kat terminal bus seremban pukul 4 pagi… mulanya emak yang nak jemput tapi arwah kata takpela biar dia yang jemput… dalam kereta hubby kata arwah berborak mcm biasa, then sampai rumah tidur balik dalam pukul 5.30pg… pukul 6.30pg emak nak kejutkan arwah untuk solat subuh,yang mana selalunya dia bangun sendiri… kejut2 dah tak bernyawa… panggil doktor sahkan memang dah meninggal….begitu senang sekali perginya….Al-Fatihah untuk arwah….
Berjalan
Ni dah topik aku pulak… semenjak aku dalam pantang ni… setiap minggu aku berjalan… minggu pertama berjalan dari Penang ke Rembau, sebab nak spend time seminggu berpantang kat sana…then next weekend pergi balik Jb…. minggu ke3 pulak pergi tahlil arwah apak kat seremban…. then balik Jb balik hari Sabtu…. minggu lepas pulak pergi majlis pertunangan cousin aku kat melaka, balik hari…huh, anak aku berjalan jek keje dia dalam pantang nie…. heheh…. and aku dengan jayanya telah membuat first appearance (haha,mcm artis pulak!!)
Hari ni…. keluar pegi Jusco Tebrau City yang baru bukak tuh ngan adik…. huh, oklah best gak…. mcm ala2 KL punya kedai2 dia…. sebenarnya dalam pantang lagi tapi dah tak tau nak buat ape kat umah la….sebulan tak keluar jalan… teruja gila masuk kedai2 yang dah lama aku tak masuk, yelah masa pregnant asyik masuk kedai baby or kedai utk pregnant ladies jek kan….. seronot rasenya….tapi lenguh gak la…. pastu main2 print gambo anak aku, simpan dalam purse….cewah, dulu gambo boyfriend, pastu gambo suami… skang nie gambo anak pulak la….. hehehe… hiiii betapa aku dah tua sebenarnya…. and cepat betul masa berlalu….
Fiq Harith Imran
Tak tau la nak panggil ape…. ramai suka nama yang ringkas jek…. FIQ… oklah aku tak kisah…. so, mama-nenda aka nekda, baba-tokda, mel-achik (seminggu dia pikir title nie, last2 pilih achik sebab dia kate glamer, skatila), adik-ciksu…. aku-umi,hehehe and hubby-baba….
Tengah baby2 ni ramaila yang suka nak main dengan dia, kdg2 dia tido ngan nekda dia, kdg2 ngan umi dia… betul kata marma, bersedia untuk berjaga malam….heheh… mengantuk, tak taula aku kalau dah keje nanti mcm mana nak biasakan… skang ni tak keje, bole la tido bila2 aku nak… nanti dah keje, kenalah bertahan….huhuh… cabaran baru aku!!
Harith, yang aku suke panggil…. skang dah berat sket…. suke kentut…. kuat betul!!! tido dah lasak,kejap kang dah senget dari bantal dia… and dah semakin semangat…. dulu masa lahir berat dia 2.6 je, skang dah lebih kurang 3.6…. dah lenguh gak la pegang dia lama2… makin nakal… biasala… sapa yang ada anak mungkin dah tau kot…. tapi ni bagi aku satu pengalaman yang baru yang menyeronokkan…. sebab aku suke budak2 tapi dulu kalau anak2 makcik2 aku tuh jumpa kadang2 jek…. main kejap2 jek… kalau penat, boleh bagi mama dia balik…. yang ini kalau penat kena gak jaga….
Kalau dia nangis kelam kabut kami!!! hahaha…. dia dulu kalau nak mandi mesti nangis, skang dah tak… tapi kalau nak salin lampin…. nangis mcm kena pukul!!! oh, dia suka tersedu gak… sejak dari dalam perut lagi…. aku tau baby tersedu masa tengok discovery channel (IN THE WOMB)… pastu masa pegi last cek up…tanya doc nape anak aku selalu tersedu? ada doc mcm gelakkan… dia tanya mcm mana aku bole dengar anak aku sedu? mana aku dengar, kan dapat rasa… lagipun takkanlah discovery channel tuh main siarkan cerita tanpa buat research dulu kan?
Trimas
Sebelum aku lupa or menjadi semakin bz…. nak ucap terima kasih pada semua yang hantar testi…. yang bagi mesej…. yang datang lawat…. tak kurang gak yang bagi present kat dia…. aku ingat konon2 nak menulis blog tiap2 hari…. tapi biasela….. skang ni menulis blog ngan anak jek la nampaknya…. ntah ape yang aku bz ntah…. aku tulis blog kena ada mood….. walaupun bosan tapi xde mood pulak nak menaip….malam ni baru datang mood nya…. tak tau bila lagik….hehehe….
oh lagik…. leza kerna promote anak aku…. haha…semua taknak dipanggil auntie…. aku pun paham, kalau aku pun, nak still digelar AKAK….hahaha…. tak sedar diri!! and…. mama kerna mandikan dia pagi2 and jaga dia and byk lagik la…. yang utama…. coz aku tau dia akan baca nie…. bibik aku, bak kata mel….. adik yang menjadi bibik la….u know what i mean….hahaha…. thanx a lot dik!!! Terima Kasih Daun Keladi…..