Archive for September, 2005

Aku Dengan…..II

Thursday, September 29th, 2005

Sebelum aku menyambung cerita aku dengan tajuk aku kat atas tuh, aku nak cerita sket….heheh… tadi baru lepas makan farewell untuk akula… diorang buatkan kat Eastin… baik jugak boss aku…. and tiba2 fiza bgtau ada pulak complimentary sket iaitu kek…. wah, best nye…. lepas makan memang kenyang giler.. .ade pulak sesi potong kek… aku potong then tapau kek bawak balik ofis sebab semua orang dah kenyang…dah tak larat nak makan lagi dah…

Semalam oleh kerana tak larat, aku pun mintak balik la umah… lepas dapat mc kat klinik… actually aku memang selesema dari ahad lagi tapi semalam mcm dah tak boleh nak dibendung lagi dah…. sampai umah pun dah pukul 12, so lepas lunch aku pun selamat menidurkan diri sampai 3.30 ptg…. huh, dapat gak relax akhirnya… ingatkan malam nak kemas sket baju2 aku tuh tapi tak larat ah…. malam nie la gamaknya aku mengemas… hope cik abg aku cuti hari sabtu, boleh amek dia hari jumaat mlm and sabtu dah ada kat Penang…. tapi if dia cuti on Sunday, terpaksala tunggu lagi sehari…nak wat mcm mane….

Kadang2 pikir, have i made the right choice… tapi kebanyakan orang yang aku tengok memang ikut suami pun…. nie pulak aku sorang kat sini… if ada anak maybe lain sket kot… ade sorang kawan aku, india la, dia benti keje sini nak follow pakwe dia kat UK… nasib baik dia dapat keje kat sane… dia kate kalau dia pun pegi jugak…. penat tok sah cite la….

Aku Dengan Adik-beradik

Ok, hari nie aku nak cerita pasal hubungan aku dengan adik2 aku yang hanya ada 2 orang jek…

Ezmel

Ini adik lelaki yang betul2 bawah aku… skang nie umur dia pun dah 22 tahun… dulu mase dia sekolah and kecik2 aku memang rapat dengan dia… kitorang selalu buli adik bongsu kitorang….hahaha… tapi lepas dia dah berkawan and suke keluar rumah aku pun jadi kurang rapat dengan dia sebab dia dah makin nakal… tapi bila dia accident and patah kaki, duduk umah memang jadi budak baikla kejap, janji tak nak naik motor lagi la… tup tup bila sihat sket jek dah suro kawan jemput kat umah and mcm biasa la hilang….

Dia nie minat main gitar, and pernah sekali tuh, ceh di zaman kegemilangan kitorang la(zaman kitorang rapat)… dia goreng lagu last kiss and aku nyanyi sampai habis….hua, best nya suara aku mase tuh…. hahaha…. takla.. mcm seronok plak nyanyi dengan iringan gitar live nie…cewah… pastu kalau dia bosan2 dulu selalu lepak bilik aku and borak2…. and dia memang banyak simpan rahsia aku, hehe samela gak aku pun ada simpan rahsia dia gak…. kadang2 penat nak mengcover dia nie kalau mak aku bising… tapi skang dia dah insaf la konon2…. dah sedar diri sebab dah keje kan…

Yang kelakonya dia duduk menyewa dekat taman belakang umah kitorang skang nie… tapi sarapan and dinner makan kat umah kitorang gak…. baik duduk umah jek kan… pelik aku dengan dia nie… tapi aku memang kenal dengan kawan2 dia sebab ada housemate dia tuh kawan aku gak… dia ni memang giler sket, suke mengacau aku, kalau keluar jalan mesti orang ingat dia abang, kebetulan aku memang panggil dia abg… hahaha… suka la aku….

Lina aka Adik

Nie la adik bongsu aku…. dulu memang selalu buli and kacau dia dengan mel… sebab dia nie manja sangat ngan mak aku… kitorang kira jeles la ni kan… pastu bila dia dah masuk tingkatan aku jadi sgt2 rapat dengan dia… masa aku kat U la kiranya… bila balik Jb aku mesti keluar jalan dengan dia and kadang2 borak2 sebelum nak tido… pulak badan kitorang lebih kurang, so aku pakai baju dia and dia pakai baju aku…. aku pun selalu cerita pasal kawan2 kat dia sebab dia ni ingatan bagus sket, kalau aku cakap dia nie … oh, adik kenal… so, best la kan nak menggosip…

Dia nie penakut gak mcm akula… and dia selalu kata aku nie gila2… best la konon nak kawan… yela, as long as dia tak kurang ajar ngan aku, aku pun on la kan… kitorang memang macam kawan even dia beza 8 tahun dengan aku… kalau pegi jalan, taste kitorang memang sama and aku suka kalau tanya pendapat dia pasal pakaian, dia mcm terror la sket… hehehe… ntah kenapa aku mesti nak tanya pendapat dia… ada satu kali tuh, auntie aku bg seluar bunga2… dia kate kalau kaklong pakai, adik taknak jalan ngan kaklong… dia bole gelakkan aku giler2 sakan…. aku pun mase tuh malu, takla pakai… skang nie kalau dia gelak pun aku tak kesah, sebab lali dah…heheh…

Dia minat purple, aku pink… so bilik kitorang penuh dengan kombinasi warna tu la… yang bestnya orang selalu ingat dia kakak aku, hahah… dia paling bengang… kalau tak pun kawan sebab badan dia berisi sket dari aku…. heheh… tula… last2 aku jadi adik bongsu… hahaha sebab aku paling comel…. hahaha… hari tuh mase aku nak kawin dia kate kawan dia tanya, kau tak sedih ke akak yang sekepala dengan ko nak kawin?…. ada satu kali tu kitorang pegi UTM jalan kat gerai konvo…. kitorang jalan memang pegang tangan, pastu ada la sorang mamat tuh sound… ooiii… lesbian ker? hahaha… betapa bengong nya mamat tuh…. aku ngan adik malas nak layan orang mcm tuh…. kena gelak giler2 la ngan kitorang kan…

Tula sedikit cerita pasal adik2 aku yang aku sayang… lina selalu perli aku…hmm abang kan adik kesayangan kaklong, sebab aku dulu rapat dengan mel… dulu aku benci diorang ni, rase macam nak amek adik orang lain jek…tapi sekarang aku bersyukur sebab ada diorang coz diorang ni ada bila aku memerlukan and memang hormat aku sebagai akak even aku sekepala dengan diorang pun…and diorang nie memang bagus simpan rahsia aku… samala mcm aku, memang aku bole percaya la kat dua2 budak nie… yang bestnya aku and lina minat charmed,powerpuffgirl… semuanya bertiga… last2 kitorang bagi mel karakter yang tinggal, contoh, lina is bubbles, aku blossom and mel akan kena amek buttercup…. hahaha…. 

Aku Dengan …..

Tuesday, September 27th, 2005

Tup tup dah hari rabu hari nie… rase happy sesangat sebab kalau tolak hr nie maknanya aku cume ada 2 hari jek lagi nak mengharungi perjalanan di KL seorang diri tanpa orang tersayang…. lepas tu aku akan off to Penang…. so bersempena dengan hari yang aku hampir gembira ni, aku nak bercerita pasal diri aku dengan orang2 or benda2 yang banyak memberikan kenangan kepada aku…. Aku rase aku nak mulakan dengan kenangan aku bersama kawan…

Aku Dengan Kawan

Kawan ni aku refer kepada kawan baiklah sebab kalau cerita kawan2 ramai pulak kan… so, aku ada 2 orang kawan yang memang rapat and baik dengan aku…

Haleza

Haleza memang kawan yang dah lame aku kenal…. sejak form 1 lagi, maybe bagi sesetengah orang takla lame sangat tapi aku rase kitorang bole kira berapa kali je kitorang bergaduh…. first day aku nak masuk sekolah aku naik bus and diala orang pertama yang aku tegur…. heheh… ingat lagi mase tuh kitorang sekolah hari ahad and mama selalu bekalkan makanan utk lunch…. sejak dari situ kitorang memang sentiasa bersamala kate orang…. kalau dia takde mesti orang tanya…. form1 kitorang tak sekelas tapi bila form2 and 3 sekelas, huh lagi la menjadi perangai kitorang! mase form1 naik bus kitorang pernah baling kulit kacang pistachio kat keta orang mase bas tengah berjalan and lepas tuh menyorok… hahaha… pastu mase form2 kitorang amek no telefon budak lelaki sekolah yang selalu dikaitkan dengan sekolah kitorang and call sorang2… menyamar la nama farah, duduk mana2 la anak polis la….. hahaha…. sampaikan diorang percaya…. ada yang layan, layan…. ade yang maybe ade awek tak layan la kot….. kitorang buat benda tuh sampai form3…. pastu bila dah bosan tukar aktiviti lain pulak…. form3 kitorang habiskan mase bergaduh dengan budak2 lelaki dalam bus sekolah lain…. and sampai  berjangkit dengan budak2 perempuan sekolah tuh…. hahaha…. sebabnya pasal duit seposen jek…. and lagi mase form3 sibukla buat kerja khusus…. everyweek pegi library berdua tapi bukannya belajar…. datang, letak beg and amek buku2 yang patot pastu dah lapo pulak…. pegi la beli makanan kat seven11 and makan kat taman mainan sampai petang…. lepak2 and pastu masuk library then letak buku amek beg and balik…. tiap2 minggu macam tuh… paling ok pun kitorang bole stay dalam sejam jek la dlm library tuh sebab ramai na budak2 sekolah kitorang bertenet dalam library…. biasela kan… form4 and 5 kelas dah lain and kitorang pun dah insaf…. dalam bas dah senyap sket sebab naik bas pagi, ngantuk and selalu tido…. konon2 dah baikla tapi time nie even kitorang lain kelas dia akan tunggu aku if aku ada latihan rumah and aku pun mcm tuh… nanti balik sama2… kalau ada kelas tambahan kelas aku pun dia akan tunggu and aku pun mcm tuh gak…. so kalau dia tengah berlatih latihan rumah tuh aku buatla homework ke makan ke kat kantin… huh, kalau nak cite memang banyak giler pengalaman aku ngan dia, kalau jumpe dulu mase cuti semester mesti cerita pasal benda2 bodoh tuh…. skang dah selalu jumpa sebab dia pun kat KL, kitorang selalu cerita pasal keje yang membosankan and ape2 je la…. aku kalau dengan dia memang bole lupe masalah…. walaupun kadang2 pendapat yang dia bagi tak munasabah, tapi last2 kitorang gelak and dah lupe dah masalah tu…. sekarang ni if dia bosan ke atau tengah tunggu orang kat memane ke, kalau takde ape nak buat dia call aku… so aku kena la layan sampai orang tu datang… samela mcm aku…. tapi kalau nak cerita nangis2 kat dia jarang la…. kadang2 je bila tak tahan sgt….

Piah

Piah nie sekelas ngan aku mase form4 tapi aku tak rapat sgt dengan dia… bila masuk matrix tu barula kitorang rapat…. so aku pulak dulu takde roomate…. selalu la lepak bilik dia…. memang sampai tido pun… memula buat keje pastu borak makan and dah ngantuk… nak balik bilik aku takut tido sorang.pastu pulak blok aku kat sebelah….. last2 memang tiap2 hari aku tido dengan dia atas katil single…. kesian dia…. kitorang memang tido sekatil, sebantal and seselimut…. yela, mana muat 2 bantal kat katil single tuh…. aku rase dia mesti terseksa tido….pastu bangun pagi balik bilik pegi mandi and datang balik bilik dia nak pegi kelas pulak…. sampai orang blok dia ingat aku nie penghuni blok tuh…. and adala orang2 blok aku yang perli2 aku…. hahaha…. tapi bila aku dah ada roomate aku pun tido la bilik aku…. tapi cume tido jek la…. lepak tetap kat bilik Piah… sampai roomate dia pun dah lali dah ngan aku… nasib baik roomate dia baik…. dia nie jugakla kawan nangis aku…. and dia pun if ada masalah, aku la jadi shoulder to cry on dia…. kalau happy, happy la cite kitorang, kalau sedih lak, sesamela bagi nasihat antara satu sama lain… pernah sekali kitorang gaduh teruk sket…. pastu nangis2 and at last dah ok…. pastu pegi turun dewan selera dengan mata merah - dua2… and orang lalu lalang tanya and kitorang just jawab acuh tak acuh…

Ni antara cerita yang aku ingat la… maybe ada yang tertinggal… aku pun cakap dah tak betul la nie sebab badan tak berapa sihat… selesema and dah mula pening kepala pulak….. huh, tak tau la aku larat tak nak duduk kat ofis sampai petang….. huhuhu

Weekend….

Sunday, September 25th, 2005

Weekend aku minggu nie kurang penat sebab aku just pegi seremban jek aeperti yang aku dah cite last week….. makan sedap….. hmmm….. dah lame tak merase makanan atam kan…. hari sabtu pulak aku tido umah pak uda sebab siang tuh aku pegi umah dia tengok vcd full house… takkan la dah tengok nak terus balik, kurang sopan pulak kan…. so, lepakla… then hari ahad pagi aku dah balik ke umah atam…. petang semalam aku sempat lawat atok kejap…. dia sehat…. sambung cite atam balik… atam hanya dapat spend time ngan hubby dia mase weekend jek la sebab hubby dia keje kat Pj….. so balik jumaat malam ke seremban then balik kl balik ahad petang….. begitula kehidupan dia sejak hampir 12 tahun nie… memang lepas kawin diorang tak tinggal same,cume on weekend jek la….

Atam kate la kat aku dia takpela sebab dah biase memang dari lepas kawin tak duduk sama2… kalau aku dah biase duduk sama memang terasa punya…. nasib baik la anak2 dia ada meneman dia, dah 3 orang dah, at least tak sunyi kata atam…. dia sambung lagi, selalu tunggu2 jek hari jumaat, hehehe….. macam aku jugakla….. malam semalam kitorang bercerita la pasal atam and aku, mane2 yang ada update….. tanya dia pengalaman melahirkan anak dll…atam kata nanti dia nak lawat aku kat penang bila baby aku dah lahir…. dia pulak suka berjalan, so…. bagusla jugak tuh, sambil menyelam bole minum air……

Aku bertolak dari rumah atam pagi tadi pukul 6.20….. aku drive relax2 aje la kan sebab malas nak rushing2…. aku tengok semua kereta bawak laju, semua pun potong aku… dari keta kecik sampai la ke beso, aku pun pelik… xpela…. yang penting aku happy….hehehe….. oh, semalam aku tido tak berapa lena… tak tau la nape…. pastu pulak mimpi yang bukan2 and tak best langsung and menakutkan pun ada… tp aku dah tak ingat la…. pastu bila drive kat highway slow2 nie ngantuk la pulak, penat aku kontrol ….huh…. nasib baik selamat….. and alhamdulillah aku berjaya sampai pukul 7.50 am… okla… lebih kurang mcm time aku sampai seselalu gak….. so, tinggal lagik 4 hari aku nak habiskan sisa2 kat ofis ni….

Kawan aku pagi tadi tanya, minggu ni ko dah last dah…. aku dengan happynye menjawab…. ha ah, tak sabo nih…. dia pun tanye lagi bila nak pegi Penang…. lagi sekali dengan happynye aku menjawab sabtu nie….. dulu aku selalu kate sabtu depan, sabtu lagi 2 minggu…. skang dah jadi sabtu NIE…. alhamdulillah, sungguh cepat mase berlalu… ah, memang tak sabo rasenye…. lepas ni dah xpyh nak susah2kan orang lagik dah….bior la aku berbahagia dengan cik abg aku kat Penang….

Kalau tak sabtu malam tuh dia nak balik kl… sebab cuti hari ahad jek…. ahad malam dia ingat nak balik penang balik, dia lupa yang aku kat seremban…. then dia pun tak jadi la datang sini….. lagipun sehari jek, buat penat dia jek la… tak pe…. minggu nie dia kena balik amek aku and my car ke penang….. memula aku kate kalau takde cuti xpe la aku drive sorang2 ….ye la dulu kdg2 pun drive gak balik Jb ….. tapi dia risau…..heheh… bagus gak….. bole aku tido dalam keta…. hope everything will turn out fine……

One More Week To Go…

Thursday, September 22nd, 2005

Cuaca kat luar baik and segar tapi aku still tak ada mood nak buat ape2 lagi dah kat ofis nie…. oleh kerana lagi seminggu aku kat ofis kodi nie, maybe aku dah tak ada connection utk internet… so, baik aku pergunakan kesempatan yang ada utk mengupdate blog aku ni…

Minggu nie berjaya jugak aku mengelakkan diri aku pergi penang…. hooray! and aku dah buat appointment dengan auntie aku nak stay umah dia kat Seremban…. hehehe….. dah lame tak merasa masakan dia and before aku pegi Penang nie nak gak rase penangan dia…. utk mlm nie aku dah order ikan asam pedas, esok pulak ayam berlada… and lusa belum decide….. bestnye!!! yang aku pelik, kenapa kalau aku or orang lain buat rasenye tak mcm atam aku ni yang buat, even kalau dia guna same ingredients…. abg aku kate, maybe air tangan dia tu…. hmmm, maybe betul… oh dah keliur dah…..

Minggu depan aku sedikit busy, nak meet up dengan kawan2 before aku off to Penang…. yela, kepada kawan2 yang aku byk menyusahkan diri diorang and kepada kawan2 yang sanggup mendengar rintihan hati aku…. tapi yang jauh kat jb… tak mampu sampai sane la….sorry, maybe bila aku balik jb nanti2 kita ketemu yek…. kebanyakan kawan2 yang aku nak jumpa nie is kawan2 yang memahami aku and selalu berada disisi aku bila aku memerlukan termasuk sorang kat jb tuh (u know who u r)… walaupun aku tak tahu mcm mane hidup aku nanti kat Penang memandangkan aku tak pun bekerja, tapi aku harap aku dapat menerima cabaran yang akan ‘dihidangkan’ kat aku….hehee….

Maybe sejak dua menjak nie mesti ada yang perasan, aku menulis mcm tak happy, yelah ada perasaan sedih, marah kdg2, and bengang aku lampiaskan kat sini…hope bila aku sampai penang nanti aku boleh jadi Norli yang sebenar…. huhuhh… kalau ada orang yang ingat aku telah membuat keputusan yang bodoh, ntah la… maybe this is the best decision to me… cause i just got married, and pregnant and my hubby is far2 away from me…. what do u expect? huh, susah nak menjelaskan keadaan kepada orang yang tak paham… sesapa yang paham, thanx so much……

Aku pun dah memang kebosanan kerja kat company nie… kalau sesapa bace blog aku dari awal tau la… tapi sebab dulu my other half is here with me, so terpaksa la carry on dengan this boring job…. and now he’s not here, lagi la kuat aku nak meninggalkan tempat kodi nie…. hahaha… tak ada ape yang manis pun kat sini yang boleh aku ingat… semuanya tak best belaka…. tapi adala beberapa kawan yang telah mewarnakan hidup aku kat sini…. selain tuh, nada, nil! motivasi diri aku dah memang rendah dalam company nie…. jgn nak salah kan aku sebab on the first week i came, ade ke ada sorang tuh suro aku and kawan seperjuangan koyak sticker kat disket… hello, paling busuk pun is maybe fotostating for her la tapi sampai kes mengoyak sticker nie aku rase mempergunakan kami nie…. dah la dulu handover tak betul and bila orang komplen kate dah handover betul2… ceh, penipu giler!! so, minggu nie aku nak happy2 kat umah atam aku and nak menghabiskan vcd Full House!! Happy Happy Weekend!!

Siapa Kata Dunia Nie Adil….

Thursday, September 22nd, 2005

Wah wah wah… seronot betul orang tuh mengulor… mentang2 lah boss takde…. diorang berdua tuh kemain lagi keluar pukul 10.30 pagi and baru skang pukul 5.10 balik ofis….. bengang siot aku nie sebab ape, kalau aku yang buat, komplen and ngomelnye tok sah cerita la…. dia keluar tak balik2 tak ape…. huh, dah melepas kan kebengangan aku dah….. kehadapan orang2 mengulor sekalian, ingat la anda bahawa anda diperhatikan….. hahaha kan bagus if mcm tuh…..

huh, oleh kerana yang keluar nie dua2 pun boss pangkat rendah sket, so maybe diorang bole kate pergi meeting ke hape tapi aku rase, the most efisyen meeting is just 40 mins…. hey, meeting ke hape tuh kan? hari tu aku ada buat sekali tapi orang2 nie jugak la yang kepoh tanya semua orang mane aku, aku kalau blah terus balik la kan, lagi best… buat ape nak tengok muke orang ofis lg utk hr tuh…. membazir mase jek….bila aku ade tak pulak nak dipanggil nye aku or tanye ke ape, mcm invisible jek kan kat sini… tapi bila aku hilang kejap jek, huaa….. satu dept tau la!!!! kalau aku cuti siap tanye kawan2 aku lagi mane aku, padahal bos aku dah benarkan dah…. hahaha…..

Yang aku pelik, time2 aku cuti or not in the office, time tuh la ada jek orang ofis call….. huh, bosan gile beb… waktu aku terpinga2 kat ofis nie nak menyebut name aku pun susah…. aku rase maybe diorang rindu la kat aku…. hahaha…. ada sorang kawan aku datang lambat siap kena sound dengan bos lagi padahal ramai jek yang datang lambat, memang tak heran pun…. kenape benda2 mcm nie terjadi eh…. malas aku nak fikir … oh and aku ade dengar lagi satu berita memeranjatkan, diorang nak hire orang yang aku ganti dulu keje semula as a permanent dengan gaji 3 kali ganda dari aku…. kawan aku dah bengang gile dah…. keje nye pun same aje, bukan susah mane pun tapi sebab orang tuh pandai mengayat…. so, dia jadi favourite la kan…..

Susah aku nak kate sekarang nie….. tapi tak pe sebab aku pun dah nak benti kan…. tak de la nak heran, nie sebab nak benti la meluahkan ketidakpuasan hati nie…. kalau tak terpakse jek telan, nak buat mcm mane kan… aku rase semua kompeni pun ada politik2 mcm nie…. orang yang tak suke mengampu mcm aku and kawan2 ku yang jadi mangsa la…… kesian…..

Penat + Letih + Tired + Exhausted……

Monday, September 19th, 2005

Aku nak jugak rase hidup aku sungguh mencabar walaupun aku tau ramai lagik orang yang hidupnye lebih mencabar dari aku…. huh, penat la…. aku penat segala2 galanya…. nak cite kang panjang pulak, aku nie kalau menulis berjela sampai aku pun pening kepala nak bace balik…. hahaha….. oh, nak citer jugak! oleh kerana aku mcm ala2 boring kat umah auntie aku so aku pun jadi la nomad kejap….. jap2 tido umah uncle kat ampang and kejap tido umah my bestest fren kat ampang gak!and oh, kadang2 aku tido umah lagi sorang kawan kat SS2…. ini semua nak mengontrol emosi aku dari mengeluarkan air mata…. maybe aku punye penyakit mase pregnant ni is nangis la sebab aku tak berapa muntah….aku rase dah cukup menyusahkan orang2 yang aku tumpang nie tapi nak buat mcm mane kan….. aku pun tak tau la….. oh tapi yang aku pelik, nape ek bila sampai je penang aku mesti muntah, masuk nie dah 5 kali dah…kat kl pun kdg2 aku kelaparan gak tapi kalau kat penang bila perut kosong then makan, huh selamat la makanan aku tuh keluar dengan jayanya… kat Kl memang tak pernah….ntah2 baby aku tak suke penang kot, tapi nak buat mcm mane… aku nak gak pi….. nak elakkan aku muntah, sepanjang masa aku makan walaupun dah tak bole masuk dah…. tapi paksa gak…. berjaya misi aku ni so far!….

Minggu nie mcm biase aku akan cakap dlm hati nak relax la kat kl, malas nak p penang… tengok berjaya tak misi aku nie… sebab minggu depan aku dah nak p sane for good…. tapi tengok la keadaan, kalau bosan, aku pun bungkus backpack setia aku and blah lepas keje jumaat nie…. hehehe…hope tak la…. skang ni memang tiap2 minggu aku pergi….. tu salah satu penat aku la… hari tu, duduk kat umah sorang2 pun bosan, keje pun bosan… aku pun tak tau ape yang aku nak… huaaa….. ntah la…. kerahan tenaga untuk aku pun dah bermula, bermakna aku akan bz sepanjang 2 minggu b4 aku blah sebabkan org2 yang suke buat keje last minute nie…eh, aku dah cite ke belum eh benda nie? ah, nasibla….. nie je la modal cite aku skang nie… ade benda lain nak cite tapi bila taip topik nie jek yg keluar… aku pun bosan… lame2 kang aku jadi mamabosan pulak…. asyik kebosanan jek….. hehehe

Merah Putih Kehidupan….

Wednesday, September 7th, 2005

Manusia seringkali menilai keburukan lebih daripada kebaikan seseorang…. walaupun keburukan itu sebesar zarah dan kebaikan itu sebesar gajah… kadang2 dalam persahabatan mesti ada rasa ketidakpuasan hati antara satu sama lain, tapi kalau kesalahan seseorang itu hanya perkara yang kecil, maafkan sajalah melainkan orang itu suka bercakap belakang la… itu pendapat aku… aku pun tak terlepas daripada melakukan kesalahan ini, kadang2 yang baik kita tak nampak tapi yang buruknya yang kita nampak, tak kiralah sebanyak mana dia menabur kebaikan dan hanya sekali dia membuat kesalahan, kita tetap menghukum orang itu….

Wajarkah kita bersikap sedemikian? sebagai seorang yang diberikan akal fikiran untuk berfikir, sudah tentu kita dapat menilai yang mane baik dan yang mane buruk… tapi kadang2 bila seseorang itu kalau bercakap pun tidak mahu melihat wajah orang yang satu lagi or tidak melayan segala pertanyaan seorang lagi, tentu kita tertanya2… apelah salah aku nie? aku takde cakap apa2 pun… dan sudah tentu diri kita pulak yang terasa…lebih2 lagi bila semalamnya baru sahaja keluar bersama bershopping dan menjemput kawannya itu dari stesyen LRT contohnya… bertambahlah kebuntuan memikirkan apa salahnya… 

Lame kelamaan dia membuat kata putus untuk menganggap persahabatan mereka sudahpun terputus… kan membazir perkenalan yang telah dibina… jika hanya berbulan2 atau berminggu2 mungkin bolehlah dikatakan tidak serasi, tetapi apa kata jika ianya telah tersemai sejak 2 atau 5 tahun  dahulu? sia2 bukan? hmmm… dalam hal seperti ini, siapalah yang hendak dipersalahkan? kata sudah diucap jika seorang itu terlepas kata, nak undur kebelakang adalah tidak mungkin…

Itulah salah satu perkara yang kadang2 tidak dapat dielakkan… tapi benda dah terjadi, nak buat macam mane? salah seorang haruslah bertolak ansur untuk memulihkan keadaan ini… tapi kalau dah tak boleh diselamatkan lagi, nak buat macam mane, katekan saja tiada chemistry!!! Ape2 pun life must go on… hidup mesti diteruskan… tapi bila perkara seperti ini berlaku dikemudian hari, orang yang mengalaminya dulu perlu tahu ape yang perlu dilakukan…

Menghitung Hari………

Monday, September 5th, 2005

Menghitung hari, Detik demi detik, Masa lalalalala….. hahaha dah tak ingat la pulak… kang kalau tulis salah lirik kang tak sedap pulak…. takpela…. seperti lagu krisdayanti tuh (sebab lagu tuh jek yg aku ingat skang nie), seperti itula aku menghitung hari nak pegi ke Penang…. Rase mcm lambat jek mase berlalu…. boring dah nie kat sini…. tolong!! tolong!!

Bercerita pasal keboringan nie aku pun tak tau la ade seorang hamba Allah tuh tibe2 jek dingin terhadap aku…. aku pun dah tak hiraukan dah benda2 mcm tuh sebab aku pun dah nak blah dari bumi KL nie kan… dia tuh pun tak penting bagi aku, cume aku ingat aku sorang jek mcm tuh, hahaha…. bukan, aku ingat dia dah sedikit tua adela sifat kesabaran, rupenye tiada, kesian pulak kat orang mcm tuh…. tak tau ape yang dia terasekan sebab malas nak pikir ape salah aku, semalam ok2 jek borak and bercerita, tup2 buat taik pulak… bengang la jugak diri ini…. hahaha… tapi ramai lagi orang yang lebih penting dari dia….

So, semakin berkurangan lagila orang yang aku percaya skang nie… dulu selalu gak bercerita pasal ketidakpuasan hati yang mane dia la yang selalu bercerita and aku yang banyak mendengar…. pastu jalan2 and makan2…. mintak tolong… maybe aku ade la mintak tolong ngan dia tapi kureng berbanding dia…. hahah ( dah bengang la nie kan) aku pun dah tak betul…. hehehe…. tapi benda tu kan normal dalam berkawan nie… sure ade ups and down… and so far hanya ade beberapa orang jek yang paham diri aku, maybe 2 or tiga jek…. tu pun rakan2 dari sekolah….

Pengajaran bagi aku, tu la norli, jangan percaya orang sangat2…. susah.. and tu la bak seperti yang aku kate dulu, jangan terlalu rapat dengan seseorang…. nanti parah… skang nie nasib baik aku tak berapa parah sebab aku pun tak rely dengan dia and just jadi kawan pendengar jek la…. ok…. thats all 4 today…

Cabaran Ke Penang…

Sunday, September 4th, 2005

…Aku semakin bosan nak buat keje… sedangkan dulu mase aku tak resign pun aku dah bosan, ini pulak after aku resign… hua haha…. ape nak buat nie…. keje tuh ade tapi orang2 kat sini tak reti nak delegate keje la… yang best nye ramai yang benti time2 aku, buat mase nie dah 5 orang dah… hehehe…nak cerita pasal kepayahan aku pegi Penang minggu nie…

Habis keje hari Jumaat aku terus bawak keta pegi Taman Paramount, ade kawan duduk memang dekat dengan stesen LRT tuh, tapi bila aku sampai umah dia parking lak penuh giler, memang tak boleh parking… nak parking kat LRT tuh kang takot ape2 terjadi pulak kat keta aku sebab 2 mlm aku tinggalkan, last2 aku parking kat umah kawan aku lg sorang tapi jauh sket la…huh, berjalan kaki sampai shell pun dah penat, aku pun tunggu la teksi or bus yang mane sampai dulu, dua2 tak sampai, adela 20min, walaupun 20 min tapi mase amat berharga memandangkan aku tak beli tiket bus lagi…cuaca lak panas terik giler…

Nasib baik ade satu cab yang lalu takde penumpang… aku mintak dia pegi Pudu dia kate tak masuk KL, then aku just suro dia hanto ke LRT Tmn Paramount jek depan tuh sebab dah tak larat nak jalan… before tuh aku call kawan aku sorang tu ingat nak mintak tolong dia hanto kan, dia pulak kate tak tau kat mane tempat tuh…huh, mencabar betul!!! pastu mcm biase naik LRT n sampai la kat Pudu lepas penat berjalan dari Masjid Jamek… mengah la sebab maybe aku pregnant kan… Sampai Pudu aku pun terus pegi kaunter Konsortium, uh tiket habis. cume ada pukul 12 mlm jek… mcm mane nie,,,hua… aku nak nangis dah.. aku pegi hampir semua kaunter and jawapan yang aku dapat pun sama gak…

Time tuh dah pukul 7… aku dah risau, nampaknye penat lelah aku dari awal mcm tak berbaloi pulak… then aku pegi kaunter Transnasional and bila diorang kate takde tiket, aku pun tanye la kenape ek? skang bukannye cuti sekolah or ape… pastu ade satu awek kaunter tu jawab dengan kasarnye…ntahla, memang setiap minggu pun mcm nie lah…ek eh minah nie… nasib baik aku blur time tuh, kalau tak aku dah sound dah, geram betul, bila dah jauh sket baru teringat nak sound, tapi mcm kelako pulak kan tibe2 masuk balik sound. takpela lain kali…. aku tanye elok2 jawab la elok2, ingat dia sorang jek ke penat, aku pun keja gak tau!!!

Huh, then aku tak puas hati… tak bole jadi nie… terpakse gune taktik kotor nampaknye, tapi aku memang tak pernah guna taktik nie sebelum nie… aku tau bas konsortium nak bertolak dalam kul 7.30… aku pun pegi turun bawah and carik bus ke Penang… nasib baik jumpe… aku ketuk pintu bus sebab ada beberapa orang penjual tiket dalam tuh yang belum bukak pintu lagi… tanye dia elok2… hehehe… bang, bus nie pegi penang ke? ha ah, abg tuh jawab… dia tanye aku ade tiket ke tak… aku pun dengan muke manis and suare lembut kate, takde la bang… tapi ade kosong lagik tak… abg tuh terus suro aku naik, cuak la plak kan sebab kang takot kena tipu… nasib baik bukan aku sorang atas bus tuh, ade sorang lagi awek yang maybe pun mcm aku gak… hehehe… tak sia2 aku turun, Alhamdulillah… mcm orang first class pulak sebab orang yg ade tiket tak masuk lagi, tapi aku dah rilex2 dlm bus dah,bestnye!!!

Aku duduk depan skali ngan awek lagi sorang tuh… tak suke la duduk depan sebab nanti nampak mcm mane driver tu bwk laju2… pastu bila lagi sejam dah nak sampai, bus pulak beralun2, jalan tak rata… time tuh teringat kate2 ateh aku… ‘Ko baik2 li… dalam bas tuh tak terhentak2 ke? bahaya..’ alamak memang byk pulak terhentaknye kali nie, maybe sebab aku duduk depan kot… aku dah risau, sampai tak mkn2 pun…. sampai pukul 11.30 nampak abg rais dah nangis risau baby dalam kandungan nie… abg rais pun bagi la nasihat… ‘Ini semua kehendak Allah, kalau baby tuh kuat and Dia kate akan hidup, Insya Allah dia ok, jgn la risau sgt yek, ini semua kuasa Allah’ betul jugak kan… okla, aku pun balik umah n tak pikir pasal benda tuh lagi, berdoa baby selamat…

Balik dlm pukul 12 am baru la nak makan bubur yang aku beli kat McD tadi, lepas makan nak tido la nie… tibe2 wekkk!! first time aku muntah betul2 mcm nie…. habis keluar semua bubur aku tadi, nasib baik sempat lari ke toilet… Aku rase perut dah masuk angin sebab tak mkn mase dlm bas tadi, sibuk risaukan kandungan aku jek.. aku memang tak pernah bior perut aku berlapo mcm nie… lebih2 lagi mase pregnant… itu la cabaran ke Penang minggu lepas…. minggu nie tak tau mcm mane… Selalunya awal minggu aku mesti sedih2 sket and konon2 taknak la pegi Penang Jumaat nie, tapi last2 aku end up pegi sane gak, yela kat sini pun bukan aku buat ape pun, baik pegi sane… relax ngan orang tersayang…hehehe…

Happy Weekends!!

Friday, September 2nd, 2005

Hari nie cuaca ok2 jek… panasla jugak skang nie kat luar, mau berpeluh la kalau diri lame2 kan…. mcm biase jumaat hari yang aku nanti2kan… aku nak pegi ke Penang la, mane lagik…. nak cite ape pun tak tau, oh… hari tuh boss aku bagi keje baru bersempena supervisor aku tuh resign, kena amik alih keje dia pulak, yang keje aku pun tak setel2 lagik, kalau nak naikkan pangkat aku jadik manager ok gak kan,same title ngan orang lame tuh, nie title bodoh yang tak sedap tuh jugak and gaji pun tak naik, wat ape kan… kawan aku lagi la kesian, asyik kena tukar buat keje je, kejap kena buat site access la, kejap kena buat reconcilation la, title dia pun sampai la ni tak tau… buat penat jek…

          Aku rase bos aku tak expect yang aku nak benti, dia hari tu baru jek tanye pendapat aku pasal keje la environment la, aku dengan senyum meleret kate hmm… i am happy here, no problem at all… padahal patotnye aku kena la bgtau ape yang aku tak puas hati kan… actually aku pun tak tau la ape yang aku tak suke kat sini, cume kalau diberikan keje kat company lain, aku awal2 dah lari dah… and tak hairanla kalau dalam department aku bile sampai year end jek bertimbun2 yang benti… semua tunggu tarikh keramat 30sept (fiskal year kitorang habis) so, memang sure la kan dapat ehem,ehem…. yang semua pekerja sibuk dok tunggu2… mcm aku la…heheh

          And skang nie mcm umor yang paling sesuai pulak nak kawin kan… semakin ramai kawan aku yang berkawin, lepas sorang2… ada yang aku dapat attend,ade yang tak menjemput and ada yang aku tak dapat pegi… seronot sgt pegi kenduri kawin nie, nak2 kawan plak yang kawin, kalau dulu aku bosan, yela asyik follow mama pegi kenduri kawan or anak kawan dia kawin jek, bukannye aku kenal pun… ada satu peristiwa yang aku and kawan pegi ke wedding member, beria2 sampai dia ingat kitorang nie macam ‘batak’ la kan, sampai ramai kawan2 aku terasa dengan si pulan nie… tak pe la, benda dah lepas, buat ape dikenang…

          Dah lame tak tengok wayang la… sejak dah kawin nie di tambah lagik pulak cik abg dah jauh, kalau p Penang pun jalan2 sket2 jek, selebihnye lepak kat umah… sebab letih la berjalan jauh nie… cewah, mcm aku plak yang drive padahal naik bus jek… hehehe… hmmm….. walaupun dapat spend time dengan dia sehari jek tapi seronotnye tak terhingga…..